Apa Kejayaan Bersih Selama Ini?

Apabila ura-ura NGO BERSIH 2.0 mahu mengadakan siri demo BERSIH 5 akan datang, reaksi diterima jelas menampakkan rakyat sudah mula menolak cara berpolitik seperti ini. Ada yang mempertikaikan, apa keperluan demo ini diadakan sedangkan 4 siri demo sebelum ini tidak menampakkan hasilnya.

Oleh yang demikian, ramai yang mula bertanya, untuk apa diadakan lagi demo BERSIH sedangkan beberapa tuntutannya seperti mahu mengadakan dakwat kekal, pembersihan senarai pengundi dan ketelusan dalam pengudian telah dilaksanakan kerajaan hari ini.

download (14)

Sejak penganjuran BERSIH 3 lagi, arah tumpuan mereka jelas telah dikuasai oleh politik pembangkang. Mereka sudah mula mencampuri banyak urusan kerajaan termasuk mendesak kebebasan bersuara. Malah ada diantaranya sudah mula berani mencabar kedaulatan dan undang-undang negara seperti mendesak Perdana Menteri berundur dan sebagainya.

Bagi BERSIH 5 pula, ianya sama sekali telah terpesong daripada apa yang mereka perjuangkan sebelum ini. Mereka mahu melancarkan propagandan yang melibatkan isu membabitkan 1MDB dan isu yang hangat diperkatakan sekarang ini, isu siasatan Jabatan Peguam Negara. Apa yang sama hanyalah tuduhan BERSIH kononnya kerajaan hari ini menyeleweng wang negara dan mengamalkan rasuah.

Ini secara tidak langsung menggambarkan BERSIH sebagai wadah memperjuangkan fitnah pembangkang terhadap kerajaan. Justeru, apa pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang penganjuran siri demo BERSIH? Adakah dengan mengadakan himpunan jalanan dapat menjatuhkan kerajaan dan seterusnya menjadi medan untuk para peserta menunjukkan sikap biadab dan tidak hormat pada undang-undang negara?

Bagi yang menyedari betaa sia-sianya himpunan BERSIH ini, pasti akan sedar bahawa tiada guna untuk menyertai sebuah perhimpunan yang tidak mempunyai arah dan tujuan yang konkrit. Namun bagi mereka yang telah digelapkan mata dan hati mereka, pastinya mereka mahu menjadikan BERSIH ini sebagai medan menunjukkan kelakuan biadab mereka.

images (10)

Tidak mustahil andai penganjuran ini diteruskan, acara pijak gambar pemimpin akan terus berlaku. Malah, melalui perhimpunan inilah kita dappat melihat betapa “terseksanya” para peserta ini dengan dasar kerajaan termasuk melibatkan 1MDB. Hanya itulah pencapaian terhebat Maria Chin, Ambiga dan kesemua individu yang terlibat dengan penganjuran demo bodoh yang bernama BERSIH ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *