Ahmad Said Punca Segala Huru Hara Di Terengganu

Share This:

Menteri Besar (MB) Negeri Terengganu Darul Iman dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman terpanggil untuk membuat perincian dengan apa yang telah berlaku dan sedang berlaku kini.

Politik negeri Terengganu semenjak beliau diamanahkan sebagai Ketua Kerajaan Terengganu yang bertuah ini.

MB telah amati dengan teliti akan segala desas-desus, insiden serta tragedi yang telah berlaku dan sedang berlaku sepanjang pentadbiran beliau dengan penuh rasa tawadu’ dan redha di atas segala apa berlaku. Semuanya sudah tercatat sejak Azali lagi iaitu “kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan ”.

Ahmad Razif ingin mengulas beberapa insiden sepanjang kepimpinan beliau selaku MB, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Adun Seberang Takir yang akan menjadi sejarah kepada kerajaan, rakyat negeri Terengganu serta anak cucu yg akan datang.

Apakah punca sebenar UMNO Negeri Terengganu atau Kerajaan Barisan Nasional Terengganu dilihat sentiasa berada dalam keadaan “tidak menentu dan tidak berkeyakinan”. Puncanya ialah kita kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu. Daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU Ke-12 yang diwarisi kepimpinan terdahulu tinggal 17 kerusi sahaja pada PRU Ke-13. Inilah realiti yang perlu diterima ahli-ahli serta pemimpin UMNO dan rakyat.

Inilah ibu kepada segala permasalahan dan ketidakstabilan yang sedang melanda politik dan pertabiran Kerajaan Negeri Terengganu. Apabila sudah tidak kuat kita akan terdedah dengan pelbagai ancaman “dalam dan luar”. Kita diugut, kita dipaksa dan kita di pengaruhi. Beliau akui bukan “superman atau memiliki lampu ajaib” yang boleh membuat sesuatu menjadi lebih cepat dan sempurna dengan sekelip mata.

Dan kepada rakan-rakan beliau dalam parti yang tidak berpuas hati terhadap cara kepimpinan beliau, Ahmad Razif memahami dan menghormati pendirian itu tetapi sebagai orang politik macam , beliau punyai hak untuk mempertahankan diri dan memperjuangkan apa yang difikir betul. Ahmad Razif sentiasa kenal siapa “kawan dan lawan” dalam politik dan mengamalkan keterbukaan bagi mencari kaedah terbaik atas apa-apa juga permasalahan.

Fakta tetap fakta. Kesimpulannya kerajaan BN yang ada di Terengganu sedang berhempas pulas memikul beban tanggungan yg di tinggalkan oleh MB lama. Sekarang tiba-tiba dengan megah mengaku cuba menjadi “penyelamat”. Sepatutnya bekas MB itu membantu Ahmad Razif menstabilkan UMNO dan membuat persediaan menghadapi PRU-14.

Isu anugerah pingat kebesaran Ahmad Razif ditarik balik oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku, beliau sentiasa sedar dan akur bahawa beliau ini anak Negeri Terengganu dan Raja beliau ialah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Terengganu. Insiden pemecatan pingat kebesaran oleh DYMM Tuanku adalah hak mutlak Baginda terhadap rakyat jelatanya dan menimbulkan keinsafan dalam diri Ahmad Razif. Namun setiap kejadian ada hikmahnya yang tersendiri. Menginsafkan beliau lagi, kita hanya insan lemah yang perlu sentiasa redha dengan apa yang berlaku dan mengambil setiap pengajaran daripadanya.

Dan hikmahnya, beliau seolah-olah diberi “peluang kedua” oleh Allah SWT untuk terus hidup di dalam dunia politik. Pada kesempatan ini akan beliau gunakan dengan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat Terengganu serta ummah demi sifat kemaafan DYMM Tuanku, dan memperkuatkan parti keramat UMNO atas kepercayaan Presiden parti kepada beliau.

Faktor jawatan MB ini adalah hak mutlak DYMM Tuanku di Negeri dan hak mutlak YAB PM diperingkat Kerajaan Persekutuan. Jawatan MB bukanlah jawatan yang boleh diminta atau dipohon sesuka hati. “Adunan dan gabungan” kuasa yang berasaskan perlembagaan negeri perlu berlaku sebelum “terjadinya” perlantikan atau pengguguran seseorang MB.

Maka sesiapa sahaja yg mempertikaikan isu perlantikan jawatan atau mengugurkan MB adalah melampaui amalan rakyat yang ada Rajanya kerana jika YAB PM mengarahkan atau DYMM Tuanku mentitahkan seseorang MB undur, maka keadaan itu akan berlaku. Usahlah libatkan unsur-unsur Istana di dalam krisis ketika ini seperti membuat gerakan gelombang kuning dan macam-macam perkara lain yang dilihat cuba mencemarkan Institusi Di Raja.

Bagi ahli atau pemimpin parti yang tidak puas hati dengan kepimpinan tertingginya, kita mempunyai kaedah dan cara tertentu dalam menyelesaikan masalah ini. Bukan dengan mengheret seluruh masyarakat menjadi huru hara di atas asas andaian dan ketidakpuasan hati kita sendiri. Contohnya sekiranya rakyat tidak berpuas hati kepada kerajaan yang pilih secara demokrasi, tunggulah tibanya waktu PRU. Rakyat tidak boleh keluar berarak di tepi jalan raya kerana negara kita ada undang-undang dan peraturan. Sama juga dengan institusi UMNO yang mempunyai struktur peraturan dan undang-undang tersendiri.

Marilah kita bersama-sama menjernihkan keadaan politik negeri Terengganu serta bekerja lebih kuat untuk mendapat kemenangan yang cemerlang pada PRU-14 supaya tidak terjadi seperti PRU-13 lalu dan fokus kepada Pembangunan Negara Bangsa dan Pemasalahaan Rakyat semasa. Ahmad Razif juga yakin UMNO Terengganu masa kini dalam keadaan STABIL DAN TERURUS walaupun ada cerita yang bukan-bukan. Percayalah sebagai mana beliau katakan, terserahlah kepada qada dan qadar setelah kita ikthiar bersungguh-sungguh.

KRONOLOGI DAN REALITY CHECK

1. Siapa yang menyebabkan MB dahulu diberhentikan. Jelas tindak tanduk bekas MB itu sendiri dengan membuat aku janji pengunduran daripada jawatan tersebut lebih awal.

2. Siapa yang meninggalkan `ibu’ kepada segala permasalahan ini. Jelas MB sebelum ini. Kalah teruk dalam PRU ke-13 daripada 28 kerusi kepada 17 kerusi sahaja.

3. Siapa yang memulakan “peperangan atau pergelutan ini”. Jelas bekas MB sebelum ini dengan membuat usul undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri yang mulia dan bersekongkol dengan elemen-elemen yang jelas bertentangan dengan kepimpinan pusat serta negeri.

KENYATAAN MEDIA
Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman
MENTERI BESAR TERENGGANU

3 Ogos 2016

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*