Sebagai Pemimpin, PM Najib Tenang Dan Jalankan Tugas Seperti Biasa

Share This:

Ada pihak pasti ketika ini merasakan bahawa Perdana Menteri ketika ini dalam keadaan resah dan gelisah berdepan isu berkaitan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syariikat (AS) kerana mungkin pada mereka, Najib gagal menanganinya.

Bagaimanapun, ia sama sekali meleset apabila sebagai seorang pemimpin, beliau tetap bertugas seperti biasa dan tenang menghadapi hari-hari yang mendatang.

“Tidak ada apa-apa, semua macam biasa… saya mesti istiqamah pada tugas serta tanggungjawab saya sama ada sebagai Ahli Parlimen Pekan mahupun Perdana Menteri untuk menjaga kepentingan hampir 30 juta rakyat Malaysia,” katanya.

Najib dalam keadaan tenang dan tegas berkata demikian kepada media ketika ditemui wartawan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang diadakan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan, semalam.

Biarpun kononnyaberdepan kontroversi, majlis berkenaan tetap dihadiri kira-kira 50,000 orang tetamu dari pelbagai kaum dari dalam dan luar negeri Pahang sebagai bukti sokongan kepada Najib tidak pernah luntur.

Ia berlangsung dari pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.

Turut berangkat ke majlis berkenaan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda-anakanda baginda.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Mengulas tentang majlis berkenaan, Najib berkata kehadiran ramai tetamu pada majlis rumah terbuka itu jelas membayangkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau.

“Terima kasih kerana telah beri sokongan yang baik selama ini. Memang hubungan saya dengan pengundi Pekan khasnya amat erat dan baik, kalau tidak mereka tidak mungkin akan datang.

“Rumah terbuka ini juga satu daripada cara saya untuk beramah mesra dengan kebanyakan mereka yang jarang saya jumpa,” kata Najib.

Pada majlis berkenaan, para pengungunjung disajikan dengan pelbagai juadah istimewa termasuk Nasi Arab, Kambing Bakar, Puding Raja dan Sate di 165 gerai yang disediakan di lokasi majlis itu.

Sebanyak 3,000 batang lemang dan 5,000 biji ketupat yang disediakan secara gotong-royong oleh masyarakat di Parlimen Pekan disajikan kepada tetamu.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*