PKR Mesti Letakan Calon Di Semua Tempat Dalam PRN Mengejut Pulau Pinang

Share This:

Kebimbangan kehilangan kerusi melibatkan pertembungan tiga penjuru jika Pilihanraya Negeri Pulau Pinang diadakan adalah risiko yang amat ditakuti oleh pemimpin pembangkang jika mengadakan Pilihanraya Negeri yang dicadangkan.

Walaupun pelbagai kaedah yang telah diambil kira dan memerlukan pendekatan strategik, pembangkang masih dalam keadaan yang cukup tidak selesa dengan apa yang sedang melanda  disebabkan kegagalan pemerintahan DAP melaksanakan  tanggungjawab terhadap rakyat.

PKR seharusnya mengambil peluang ini dengan mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam menambah bilangan kerusi yang sedia ada. Dalam keadaan DAP yang sedang terdesak PKR seharusnya mengambil iktibar dengan sikap DAP yang amat diktator dalam isu pemecatan ADUN  PKR dahulu.

DAP dalam  mempertahankan tindakan mereka ketika itu, terus memberikan alasan perihal kredibiliti ADUN yang menyuarakan pandangan dan dianggap menentang oleh DAP. Sikap diktator sedemikian yang menjadi amalan DAP apabila mendapat kuasa mesti dihalang.

Dalam tindakan DAP memujuk PKR agar bersetuju melaksanakan pilihanraya Negeri, PKR mesti meletakkan calon mereka dibeberapa tempat stratergik  untuk menilai keikhlasan DAP dalam gabungan haram ini.

Langkah yang terbaik untuk meyelesaikan keadaan ini dan menilai keiklasan DAP,  PKR mesti meletakkan calon walaupun terpaksa bertembung dengan calon DAP. PKR mesti ingat bahawa gabungan Pakatan  ini bukan atas gabungan satu parti tetapi ianya adalah lebih kepada penguasaan satu parti dimana tempat bertanding.

PKR tidak perlu risau dalam hal ini, Jika DAP benar ikhlas mereka akan menyokong dimana calon yang akan bertanding  dan sudah pastinya terdapat kaedah untuk membenarkan ianya berlaku.

Walaupun terdapatnya  kebimbangan, pandangan yang berbeza dan mengambil pendekatan yang berhati-hati, memang itu adalah pandangan mereka dan kita hormati pandangan tersebut. PKR mesti meletakkan calon dan merebut kerusi yang dipertandingkan walaupuan terdapatnya calon DAP.

Pertembungan tiga penjuru perlu dilakukan selepas mendapat persetujuan mengadakan Pilihanraya Negeri. PKR harus ingat bahawa DAP sebelum mendapat kuasa akan berjanji apa juga  kepada mereka, tetapi jangan kerana tunduknya PKR kepada DAP akan berlaku lagi pemecatan ADUN PKR dalam sidang Negeri.

Perkara ini seharusnya menjadi pengajaran dan peringatan kepada PKR agar tidak terus tunduk dengan pujuk rayu DAP. Ada kalanya  pertembungan tidak dapat dielakkan, PKR kena bertegas dalam hal ini.  DAP juga  akan berbuat demikian jika satu kerusi yang mereka anggap penting dan akan terus  melakukan  pertandingan tiga penjuru nanti.

Jika tidak, PKR seharusnya menolak keputusan untuk mengadakan Pilihanraya negeri yang mana  akan banyak memberikan kelebihan kepada DAP . DAP sejak dahulu lagi tidak akan mahu menanggung kerugian dalam apa juga yang mereka lakukan. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan oleh PKR.

DAP dalam usaha untuk menyelamatkan tokong mereka akan melakukan apa sahaja demi memastikan kelebihan berpihak kepada mereka. PAS juga akan ditawarkan dengan bermacam macam  habuan jika mahu menyokong.

Tetapi selepas kemenangan- Kita sudah sedia maklum bahawa PAS atau PAN atau PKR dipaksa mengikut telunjuk DAP dalam apa juga keputusan yang dibuat. DAP dalam usaha untuk menarik PAS sudah pastinya akan menggunakan PKR untuk memujuk PAS demi kesinambungan politik DAP yang kian tercalar  dan sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi.

Sikap tegas PAS dalam meletakkan calon mereka dikesemua tempat yang bertanding seharusnya dicontohi oleh PKR. PAS kini dalam memperkemaskan agenda parti akan terus menentang DAP dalam apa keadaan sekali pun di dalam pilihanraya.

PKR mesti meletakkan calon dikesemua tempat yang dipertandingkan. Dan  PKR perlu ingat bahawa DAP, PKR dan PAN bukan gabungan yang sah tetapi hanya pakatan tanpa surat rasmi sahaja dan bertanding atas tiket parti masing masing dan bukan  satu lambang.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*