LG Action Cam LTE Dilancarkan

Share This:

Setelah melancarkan kamera VR 360 darjah Friends tidak lama dahulu, LG muncul kembali di arena kamera dengan pelancaran kamera aksi LG Action Cam LTE.

Seperti yang anda mungkin boleh simpulkan mengenai kamera ini dari namanya, LG Action Cam LTE dilengkapi sambungan 4G LTE, satu ciri berguna bagi mereka yang gemar menstrim video ke laman web seperti Youtube Live menggunakan sambungan 3G atau 4G.

Peranti ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 650 dan mempunyai rating IP67, bermakna ia boleh ditenggelamkan dalam air sedalam 1 meter selama 30 minit di samping mempunyai ciri-ciri kalis habuk dan pasir.

Kameranya dilengkapi  sensor 12.3MP dengan lensa sudut luas 150 darjah. Ia boleh merakam video pada kadar 30FPS pada resolusi 4K, 30-60FPS pada resolusi 1080p dan 30-120FPS pada resolusi 720p. Ia juga boleh berfungsi seperti CCTV untuk memantau keaadaa dalam rumah dan memancarkan video terus ke telefon pintar.

Walaupun tarikh pelancarannya di pasaran utama dunia seperti US, UK dan Australia belum diumumkan secara rasmi, peranti ini telahpun mula dijual di Korea Selatan. Ini bermakna kemunculannya di pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*