Hendak Menjual Kopi Pun, Takkanlah Guna Kenderaan Seperti Ini?

Share This:

Pihak polis bertindak menahan dua orang lelaki kerana didapati memandu sebuah kenderaan perisai yang menyerupai kenderaan angkatan tentera dan ia turut dipasang dengan aksesori mirip alat pelancar roket dari darat ke udara.

Kenderaan itu ditahan di Jalan Semarak Api di Cyberjaya semalam dan didapati mencurigakan oleh pihak polis yang melakukan tugas rondaan pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, polis bertugas menahan kenderaan itu selepas menerima aduan orang awam untuk tujuan pemeriksaan.

Polis kemudian menahan dua orang yang mengendalikan kenderaan itu masing-masing berusia 28 dan 24 tahun. Mereka dibawa ke Balai Polis Cyberjaya untuk siasatan lebih lanjut.

“Hasil siasatan mendapati dua lelaki berkenaan menjual kopi dan kenderaan itu diubah suai sebagai ‘food truck’ bagi menjual minuman itu.

“Kenderaan itu bukanlah kenderaan tentera sebenar dan pelancar roket itu juga adalah palsu,” katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Abdul Aziz berkata, dua lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.

Dalam keadaan dunia sedang berdepan dengan ancaman pengganas yang turut melibatkan Malaysia, kenapa mereka perlu menggunakan kenderaan yang diubah suai sebegitu rupa untuk menjual kopi ataupun makanan.

Tidakkah ia akan mencetuskan ketakutan dan kebimbangan orang lain yang akan menyangka ada pihak yang menggunakan ‘food truck’ sebagai penyamaran dengan aksesori yang menarik padahal ia adalah senjata sebenar.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*