Apa Sebenarnya Yang Berlaku Disebalik Dakwaan Pembubaran DUN Pulau Pinang?

Share This:

Sejak awal pagi ini, heboh diperkatakan tentang kemungkinan Ketua Menteri Pualu Pinang, Lim Guan Eng mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Namun, pengumuman yang sepatutnya dibuat pada jam 2.30 petang tadi terpaksa dibatalkan disaat akhir tanpa memberi apa-apa alasan yang kukuh. Kenapa ianya dibatalkan sedangkan sejak kelmarin, Guan Eng begitu bersungguh-sungguh mahu membubarkan DUN?

Mari kita renungkan sejenak kronologi ini yang memaksa Guan ENg begitu beriya-ia mahu membubarkan DUN. Pendedahan berani Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Datuk Shabudin Yahya tentang penyalahgunaan kuas oleh Guan Eng untuk mendapatkan sebuah unit lot banglo di Jalan Pinhorn telah membuka kepada banyak pertikaian berhubung apa yang dilakukan oleh Guan Eng di Pulau Pinang.

download (22)

Kes banglo ini rupanya telah membongkar satu lagi tuduhan penyelewengan tapak Perumahan Rakyat di Taman Manggis. Bertitik tolak dari sinilah, karier Guan Eng mula terancam apabila SPRM membuka kertas siasatannya terhadap Guan Eng. Selama 3 bulan diperlukan oleh SPRM untuk melengkapkan kertas siasatan mereka dan ketika Umat Islam sedang bersiap sedia mahi menyambut Syawal, Guan Eng akhirnya ditahan.

Pastinya ramai yang terlupa, bagaimana dokumen sulit penyelewengan Guan Eng ini boleh terdedah. Pada awalnya, Guan Eng menuduh, Datuk Shabuddin mengada-adakan cerita dan kekal begitu sehingga hari ini. Namun hakikat sebenarnya adalah, Guan Eng menuduh dua ADUN PKR yang mengetuai GLC milik kerajaan negeri yang telah mendedahkan maklumat sulit miliknya kepada pihak pembangkang.

Walaupun tidak pernah menyebut secara langsung nama dua ADUN berkenaan, mudah untuk difahami bahawa beliau sememangnya kurang senang dengan tindak tanduk ADUN-ADUN PKR ini. Ini termasuklah ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin yang dilihat cukup berani menempelak kerajaan negeri Pulau Pinang apabila mendakwa, kerajaan negeri meminggirkan penduduk Melayu di Pulau Pinang.

Atas sebab ketidak percayaan Guan Eng inilah, beliau mahu membubarkan DUN dan beliau sememangnya mahu melihat DAP menguasai Pulau Pinang secara total tanpa perlu berkongsi kuasa dengan PKR mahupun PAN. Namun begitu, jika PKR mahu bertanding juga, calon yang diletakkan, harus mendapat persetujuan Guan Eng terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan bertanding.

13692670_515389288660135_2072932877354077493_n

Hal inilah yang telah membawa pemimpin PKR bertemu dengan pemimpin DAP bagi membincangkan hala tuju sebenar kerajaan yang mahu dibentuk oleh Guan Eng. Menariknya, pada pagi ini, Guan Eng telah menghadap Tuan Yang Terutama, Tun Haji Abdul Rahman Abbas bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri diadakan.

Menurut sumber dalaman Pejabat Ketua Menteri, permohonan Guan Eng ini sebenarnya telah ditolak oleh Tuan Yang Terutama kerana beliau melihat, tiada keperluan untuk kerajaan negeri membubarkan DUN hanya kerana berlaku sedikit krisis kepimpinan. Namun begitu, tidak dapat dipastikan kebenaran maklumat yang disampaikan oleh sumber berkenaan.

Bertitik tolak dari sinilah, Guan Eng sekali lagi berada dalam keadaan tersepit samada masih mahu terus membubarkan DUN ataupun tidak. Ditambah pula dengan desakan PKR yang mahu mereka juga diberikan peluang untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri ini.

Apa yang pasti, bukan semua kehendak Guan Eng dapat dituruti oleh semua pihak. Ada ketikanya, cadangan gila seumpama ini sebenarnya hanya memakan diri sendiri dan tindakan Guan Eng yang mahu membubarkan DUN ini sebenarnya lebih bersifat peribadi dan strategi politiknya sahaja, bukan mencerminkan hak dan kemahuan rakyat Pulau Pinang amnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*