Amzad Budak Hingusan Dalam Politik – Raja Bahrin

Share This:

Kuala Terengganu : Satu kenyataan yang telah dimuat naik oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu YBM Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang bertajuk ” KEMATANGAN POLITIK DARI RASA TANGGUNG JAWAB – BUKAN EMOSI”.

Menurut kenyataan facebook milik beliau, belum hilang lagi gema seruan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim, untuk gencatan senjata di antara pembangkang, Ketua Penerangan Pas “Kuala Terengganu”, telah membuat kenyataan menyerang Amanah .

Katanya, perkara itu sangat menghairankan ramai pihak kerana Pas selama ini mendakwa mereka parti yg sangat berdisiplin dan nampak gayanya Ketua Penerangan tidak mengambil berat kenyataan Timbalan Presiden sendiri.

“Pada kebiasannya, saya tidak berhasrat menjawab komen dari anak-anak muda kerana memahami sikap dan kematangan adakalanya tidak memerlukan reaksi. Tetapi kerana diulangi isu yang sama, saya terpanggil untuk memberi respon sekadar menimbulkan kefahaman yang lebih matang kepada pihak berkenaan,

“Saya ingin mengulas isu gambar memotong kek di Majlis Kesyukuran Peniaga Stesyen Bas Kuala Terengganu yang dikeluarkan oleh Saudara Haji Amzad Hashim dalam F.B. beliau pada 14 Julai 2016,

“Gambar Menteri Besar Terengganu dan saya memotong kek di tunjuk berulang kali seolah satu jenayah telah berlaku ! Semua tahu yang majlis dianjur oleh peniaga stesyen Bas tanda kesyukuran rancangan Kerajaan membuat ubah suai-rombakan Stesyen Bas telah dibatalkan, ujarnya.

Tambah beliau lagi, peniaga-peniaga dengan bantuan pembangkang dari Pakatan Harapan telah membantah rancangan tersebut dan beliau sebagai Ahli Parlimen sendiri telah menulis surat bantahan kepada pihak berkuasa.

”Apabila dijemput ke Majlis tersebut oleh peniaga saya telah hadir. Menteri Besar juga telah dijemput. Peniaga-peniaga telah menjemput saya bersama Menteri Besar untuk memotong kek tersebut pada akhir Majlis tersebut,

“Apa yang penting sebagai wakil rakyat adalah untuk meraikan kemenangan rakyat iaitu peniaga-peniaga yang berjaya menyelamatkan Bangunan Stesyen bas dan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau juga turut menempelek Pas yang sering melaungkan politik matang mereka patut faham pekara ini dan kefahaman kebudak-budakan Amzad dalam komen FBnya.- Terengganu Times

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*