Yuna Diiktiraf Artis Malaysia Paling Berjaya

Share This:

Penyanyi Yuna tidak menyangka The Malaysia Book of Records mengikuti perkembangan karier seninya di Amerika Syarikat sehingga badan penilai itu mengiktiraf album terbaharunya berjudul Chapters yang dilancarkan pada Mei lalu.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 30, berkata, pengiktirafan itu diberikan kepadanya sebagai artis Malaysia pertama yang berjaya menembusi kedudukan 10 teratas dalam carta Billboard menerusi kategori Album R&B.

Untuk rekod, antara artis lain yang turut tersenarai dalam carta sama ialah Beyonce(Lemonade), Rihanna (Anti) dan The Weeknd (Beauty Behind The Madness).

“Saya langsung tidak menyangka akan diberi pengiktirafan besar seperti ini kerana ingatkan ia satu gurauan pada awalnya.

“Meskipun saya jauh di perantauan masih ada yang mengambil berat dan pengiktirafan ini adalah semangat untuk saya meneruskan perjalanan karier di Amerika,” katanya kepada mStar Online.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Crush itu juga adalah duta model ASX jenama kenderaan itu.

The Malaysia Book of Records menerusi Pengarah Operasinya, Christopher Hw Wong menyampaikan plak pengiktirafan itu pada sebuah majlis yang diadakan pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Yuna berkata, dia bersyukur penerimaan album terbaharunya cukup baik oleh peminat malah duet bersama bintang R&B, Usher membuka ruang lebih besar untuknya dikenali di Amerika Syarikat.

Tambah Yuna, dia ada merancang untuk mengadakan konsert di Asia namun ia masih di peringkat perbincangan bersama syarikat pengurusannya namun berharap ia akan menjadi kenyataan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*