Guan Eng Memecahkan Banyak Rekod Negara

Share This:

Akhirnya, individu yang menjadi bualan negara sejak lebih 3 bulan lalu, Lim Guan Eng diberkas di pejabat beliau petang semalam. Semua ini disebabkan oleh kes penyelewengan kuasa yang melibatkan isu pemilikan sebuah lot banglo yang dibeli dari Phang Li Koon dan isu penyelewengan Taman Manggis.

Melihat kepada penangkapannya, ada beberapa perkara yang jelas menarik perhatian ramai. Untuk pertama kalinya, sebagai seorang Ketua Menteri, beliau diberkas dan didakwa semasa masih lagi menjawat jawatan selaku Ketua Menteri. Tidak pernah dalam sejarah negara, seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar ditahan semasa masih berkuasa.

images (4)

Malah, anggota SPRM dan PDRM yang hadir di perkarangan Komtar petang semalam terlalu ramai, seolah-olah kesemua anggota keselamatan ini sedang mengepung kedudukan penjenayah yang paling dikehendaki dan merbahaya. Benar, terdapat sedikit kebimbangan dimana ada kemungkinan penyokongnya membuat kacau bagi menghalang penahanan Guan Eng petang semalam.

Namun hakikatnya, tiada sebarang kekecohan berlaku. Beliau dilaporkan memilih untuk memencilkan diri beliau di bilik mesyuarat di Bangunan Komtar petang semalam hanya untuk melenggahkan penahanannya.

Tidak cukup dengan itu, buat pertama kalinya, kesemua penyokong DAP dan Pakatan Harapan, berkunjung ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang dengan membawa beberapa batang lilin sebagai membuktikan solidariti mereka terhadap Lim Guan Eng.

images (8)

Turut diberitakan bahawa DAP sedang mengumpulkan seberapa ramai pengamal undang-undang untuk membela nasib Guan Eng yang dihadapkan kemahkamah hari ini. Semuanya ini dilakukan hanya untuk membela nasib “Putera Kesayangan” DAP dari terus didakwa atas kesalahan yang dia lakukan sendiri sebelum ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*