Siapa Yang Nak Ikut Muhyiddin Dalam Parti Baru?

Share This:

Dengar khabar, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mula merancang untuk menubuhkan parti baru. Sama ada benar atau tidak, bunyi ke arah itu sudah mula didengari.

Di tengah-tengah cerita, timbul satu persoalan yang agak besar, siapakah agaknya yang sudi mengikut Muhyiddin di dalam parti baru itu nanti dengan umur Muhyiddin yang sudah semakin lanjut.

Hasil dari pemerhatian, golongan muda pun tidak serasi dengan cara perjuangan beliau ketika di dalam UMNO ketika itu sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga merupakan anggota Kabinet yang mendapat markah KPI tercorot apabila sistem KPI diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa ini, Muhyiddin adalah seorang individu yang tidak mempunyai parti selepas UMNO bertindak memecatnya bersama dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana melanggar disiplin parti dan bergerak dalam satu misi untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Najib.

Beliau dikatakan bergerak ke seluruh negara, menggunakan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga derma RM2.6 bilion yang diberikan oleh Keluarga Diraja Arab Saudi sebagai modal memalukan Najib, memburukkan negara dan mahu menghancurkan Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin juga bersama-sama dengan Deklarasi Rakyat : Selamatkan Malaysia yang dipimpin oleh Dr Mahathir bersama-sama pembangkang Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan PAN.

Bagi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, hasrat Muhyiddin itu tidak akan memberikan kesan langsung kepada UMNO kerana parti Melayu itu masih kukuh dan kuat.

“Sokongan masih kuat… belum boleh sampai, kekuatan ada pada UMNO,” katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Penasihat GPMS Datuk Seri Idris Jusoh dan Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa.

Muhyiddin bersama dengan Mukhriz sebelum ini pada Ahad lepas mengadakan sidang media menyatakan keinginan mereka terus dalam politik tetapi menggunakan platform baru.

Kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu bagaimanapun tidak menyatakan pula apakah bentuk platform baru itu seperti mereka sendiri pun tiada perancangan sebenar yang sudah diatur.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*