Kerajaan Malaysia Kutuk Serangan Pengganas Di Istanbul, Turki

Share This:

Kerajaan Malaysia mengutus sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul, Turki semalam yang menyebabkan 36 orang terbunuh dan hampir 150 oang lagi cedera.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa terkejut beliau dengan berita berkenaan serangan itu, mengucapkan takziah kepada rakyat Turki terutama keluarga dan mangsa serangan kejam itu.

“Malaysia berpegang teguh dan sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan semua negara dalam memerangi musuh nombor satu keganasan ini.

“Saya menggesa semua negara Islam supaya bersatu dan meningkatkan kerjasama terutama dalam mengutuk dan memerangi tindakan ganas oleh mereka yang mencela nama Islam,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau Najib Razak.

Laporan berita antarabangsa, memetik pegawai Turki yang berkata tiga pengebom bunuh diri melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri mereka di lapangan terbang antarabangsa utama di Istanbul itu.

Najib berkata serangan pengganas itu menegaskan lagi terhadap keperluan mengadakan kerjasama perisikan dalam memerangi keganasan yang semakin memuncak ini.

Beliau juga berkata mesej bahawa Islam itu agama kedamaian, keadilan dan keterangkuman turut perlu disebarkan seluas-luasnya.

Perdana menteri berkata setakat ini tiada laporan mengenai mangsa rakyat Malaysia dalam serangan itu bagaimanapun Kementerian Luar akan terus memantau rapi keadaan di sana.

Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (Masat), dalam catatan Facebooknya mengesahkan bahawa sehingga kini tiada pelajar Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam tragedi itu.

Masat mengingatkan semua pelajar agar lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan terutama bagi mereka yang akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*