3M Sedang Gali Kubur Sendiri

Share This:

Pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap UMNO adalah amat sukar untuk dimaafkan. Bermula dari sekadar mengkritik, mereka bertukar menjadi satu pasukan yang benar-benar mahu melihat keamanan UMNO dan keutuhan kerajaan diganggu gugat dengan dakwaan palsu dan tidak berasas. Mereka hanya tahu untuk mendakwa tanpa sedikitpun menunjukkan bukti terhadap semua dakwaan mereka.

Inilah yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Hari ini ketiga-tiga mereka telahpun keluar daripada UMNO dengan Tun M memilih untuk keluar daripada UMNO pada 29 Februari lalu. Manakala Muhyiddin dan Mukhriz pula dipecat daripada UMNO pada Jumaat lepas.

images (14)

Secara tiba-tiba, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempertahankan tindakan ketiga-tiga individu ini. Melucukan apabila Zaid mengeluarkan kenyataan seolah-olah begitu mudah menyamakan seorang manusia dengan Malaikat. Beliau dilaporkan berkata, apa yang dilakukan oleh Tun M, Muhyiddin dan Mukhriz adalah satu perjuangan suci yang sama tarafnya dengan Malaikat. Kegilaan apakah ini?

Semasa Tun M keluar daripada UMNO, ramai yang ingin melihat impak yang bakal berlaku hasil daripada tindakan beliau ini. Namun setelah 4 bulan berlalu, UMNO masih kekal berdiri, malah dilaporkan semakin kukuh.

Bagi Muhyiddi dan Mukhriz pula, mereka mendakwa sebelum ini, andai UMNO memecat mereka, ramai dikalangan ahli UMNO akan meninggalkan parti. Malah, dalam satu ucapan, Muhyiddin pernah mendakwa, andai beliau dipecat, UMNO Bahagian Pagoh dan beberapa Bahagian lain akan dibubarkan. Malah dakwa beliau, banyak cawangan UMNO menanti masa untuk dibubarkan.

Namun, setelah beberapa hari berlalu, hanya 3 orang Ahli Jawatankuasa Bahagian Pagoh meletakkan jawatan. Bagi cawangan pula, hanya 5 cawangan UMNO Pagoh sahaja yang bertindak membubarkan cawangan masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka keluar daripada UMNO.

images (11)

Bagi Mukhriz pula, situasinya jauh lebih sadis. Tiada walau seorangpun UMNO Bahagian Jerlun meletakkan jawatan. Malah, tiada walau satupun cawangan UMNO Bahagian Jerlun dibubarkan. Adakah ini melambangkan kekuatan sebenar mereka? Adakah berbaloi untuk mereka memilih untuk menjadi pengkhianat dimana akhirnya, hanya sedikit sahaja yang kekal menyokong perjuangan mereka?

Ia seolah-olah satu tindakan menggali kubur sendiri bagi kedua-dua individu ini. Mereka memilih untuk menentang Presiden UMNO dan mahu melihat UMNO hancur akibat penentangan mereka. Maka hasilnya, mereka kini berada di luar UMNO dan masih terkial-kial mencari tempat berpaut untuk survivor politik masing-masing.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*