Mukhriz Semakin Merepek Dan Berhalusinasi

Share This:

Beliau adalah salah seorang daripada trio yang menerima hukuman setimpal diatas pengkhianatannya terhadap UMNO. Apa yang beliau nikmati sebelum ini hanyalah berdasarkan kepada jasa bapanya yang amat gemar masuk campur dalam urusan negara walaupun bapanya bukan lagi Perdana Menteri Malaysia. Beliau adalah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau yang sebelum ini lebih banyak mendiamkan diri setelah perilakunya dikesan bersekongkol dengan bapanya mahu menjatuhkan kedudukan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia, secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang melucukan. Malah, tanpa sebarang bukti yang kukuh, beliau mendakwa kerajaan hari ini ada mengadakan perjanjian sulit dengan PAS untuk Pilihan Raya Umum yang akan datang.

images (14)

Dalam kenyataannya, beliau mendakwa, UMNO dan Barisan Nasional telah bersetuju untuk menyerahkan Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis kepada PAS sebagai balasan untuk PAS bekerjasama semula dengan UMNO dan BN. Beliau mendakwa, perkara ini sudah lama berlaku dan ianya akan dibuktikan pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Kenyataan beliau ini pantas dinafikan oleh kedua-dua belah pihak. Dalam satu reaksi balas UMNO, dakwaan Mukhriz ini jelas satu pembohongan besar kerana UMNO sejak dari dahulu lagi tidak pernah membuat apa-apa perjanjian perkongsian kerusi dengan mana-mana parti pembangkang. Apa yang diamalkan UMNO adalah perbincangan perkongsian kuasa dikalangan parti komponen dari Barisan Nasional.

Bagi PAS pula, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan ini dengan mendakwa, Mukhriz semakin merepek dan mengada-adakan cerita. Tegas beliau, PAS sentiasa komited dengan usaha mereka menubuhkan negara Islam dan PAS akan bertanding di semua kerusi yang dipertandingkan tanpa ada sebarang kompromi dengan mana-mana pihak.

Jelas sekali, sejak beliau disingkirkan dari UMNO, beliau benar-benar kehilangan sesuatu untuk berpaut. Jika sebelum ini beliau boleh mengatakan, beliau mengeluarkan kenyataan menerusi saluran UMNO, kini, tanpa sebarang bukti yang kukuh, beliau mengeluarkan kenyataan yang cukup melucukan.

download (15)

Seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan, Mukhriz yang dilihat satu ketika dahulu sabagi pemimpin pelapis UMNO, hari ini dilihat tidak ubah seperti hilang pedoman, merepek dan berhalusinasi. Tidak wujud sebarang perjanjian seperti didakwa Mukhriz dan Mukhriz harus sedar, beliau sudah hilang kelayakan untuk membicarakan tentang UMNO kerana beliau bukan lagi ahli UMNO.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*