Kabinet Baru Najib Pasukan Kuat Hadapi PRU14

Share This:

Barisan kabinet semalam baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah barisan yang disusun untuk memperkuatkan pasukan kerajaan untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.

Spekulasi dan ramalan bila tarikh akan diadakan PRU14 sudah pun mula kedengaran tetapi untuk menentukannya ia adalah hak mutlak Perdana Menteri untuk membuat keputusan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen selagi tempoh sah Parlimen belum tamat.

Selepas dilihat mantap dalam mengendalikan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Sebelum ini, jawatan itu dipegang oleh bekas CEO Maybank Tan Sri Abdul Wahid Omar yang enggan melanjutkan lagi tempoh khidmatnya sebagai Senator seterusnya melepaskan jawatan Menteri.

Peranan Abdul Rahman sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) nampaknya memberi kesan yang kuat kepada parti selepas beliau kerap membuat pendedahan demi pendedahan akan kepincangan serta salah laku dalam pakatan pembangkang yang melibatkan DAP.

Betapa konsisten beliau memberikan maklumat kepada pengamal media kes-kes yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang antaranya skandal pembelian rumah banglo di Georgetown, isu pembinaan terowong dasar laut dan isu pembangunan tanah di Taman Manggis.

Najib selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO juga sudah tampak bersedia untuk menggerakan jentera parti dan kerajaan menjelang pilihan raya itu selepas mengambil keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sudah terang-terang ingin menjatuhkan beliau dan parti.

Sebagai Presiden dan pemimpin tertinggi beliau ada hak untuk berbuat demikian selepas mendapat maklumat berkenaan aktiviti Muhyiddin yang jelas sudah jauh terpesong dari perjuangan serta hala tuju parti.

Dengan kemenangan besar di Sarawak dan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ada bekal yang kuat untuk dibawa oleh Najib bersama BN menghadapi PRU14 akan datang.

Semalam, pada kira-kira pukul 3.20 petang, Najib mengumumkan rombakan kabinet terbaru selepas kali terakhir dilaksanakan ada Julai tahun lepas yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan dari Kabinet beliau.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*