Melayu Islam -Tiada Alasan Untuk Menyokong  DAP lagi

Share This:

SEKIRANYA begitu ramai pemimpin tertinggi dan kaum yang berbeza dalam DAP sendiri bangkit menentang parti itu, maka sudah tiba masanya rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan jantina membuka mata dan sedar akan wajah dan topeng DAP sebenar.

Sesungguhnya berlakunya penentangan dalaman dengan jelas menunjukkan DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan nepotisme, kronisme, rasisme dan anti demokrasi yang ditentang oleh pemimpin dan ahli mereka sendiri.

Rakyat kini perlu mencari jalan untuk keluar daripada cengkaman penjajahan minda dan persepsi oleh DAP. Sudah tiba masanya kita sehati sejiwa bangkit menentang sebuah parti politik yang jelas bermuka-muka dan hanya memperbodohkan rakyat melalui pemimpin dan ahli-ahli mereka.

Kiasu dalam dialek Hokkien, bermakna fear of loosing, takut kalah atau mahu menang. Bila ditambah ultra kiasu bermakna, langsung tidak mahu kalah. Secara ekstrem, mahu menang sentiasa dalam apa jua keadaan. Siapakah mereka dalam konteks politik Malaysia?

Misalnya, DAP dan mereka yang sewaktu dengannya, mahu mengikuti pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi gelagat dan perlakuan mereka langsung tidak mencerminkan apa yang mereka mahu contohi.

Kebodohan penyokong ultrakiasu ini terdiri daripada orang Melayu yang menyokong kepimpinan PKR dan PAS, Kita sudah melihat sendiri bagaimana Guan Eng mahu mengikuti langkah  Khalifah Umar, maka bergemalah  sahutan takbir Allahhuakbar .

Tidakkah mereka ini sedar dan memahami maksud ultra kiasu sebelum melaungkan  takbir kepada seorang Cina yang mempunyai agenda untuk meruntuhkan apa yang telah tersedia terbina. Ketaksuban dan disaluti kebencian telah memerangkap golongan ini dengan kata-kata manis yang bakal menjerut leher mereka sendiri.

Sedarkah kita apa agenda mereka? Sejak dari dahulu lagi kita mendengar, Pas mendakwa ramai pemimpin DAP sudah cenderung kepada Islam atau mahu memeluk Islam. Mana dia? Dihospital manakah Guan Eng disunatkan sebagaimana kata-kata pembohongan pemimpin PAS satu ketika dahulu.

Di masjid manakah Guan Eng melafazkan Syahadah sebagaimana didakwa bahawa Guan Eng akan memeluk Islam dan terpaksa disembunyikan dahulu dan belum sampai masanya lagi. Pemimpin PAS dan PKR terus menerus membohongi rakyat.

DAP tidak ada pilihan untuk berkuasa, melainkan berkawan dengan Pas. DAP tidak mudah lunak dengan Islam, selagi orang Islam belum dapat ditundukkan. Hari ini, kita lihat siapa tunduk kepada siapa? DAP tunduk kepada Pas atau Pas tunduk kepada DAP.

PAS telah sedar setelah berlakunya penghinaan keatas mereka dan Islam, PAS sedar bahawa ultra kiasu  bukanlah  sahabat politik yang baik. Malah tersingkirnya PAS dari Pakatan Rakyat merupakan rahmat Allah untuk menyedarkan umat Islam betapa bahayanya DAP terhadap perpaduan dalam Negara ini.

Kita masih ingat bagaimana Kerajaan Kelantan mahu laksanakan hudud, kaunter berasingan lelaki perempuan di pasar raya, salun, dan sebagainya, semua ditentang. Pendek kata, apa jua agenda yang ada kaitan dengan Islam ditentang.

Di sini seharusnya umat Islam Melayu  menyedari bahawa Guan Eng akan menggunakan apa juga kaedah untuk menghalang gerakan memuliakan Islam dalam negara Ini. Secara terang atau tersembunyi agenda menyekat perkembangan Islam dalam negara ini akan terus dilakukan oleh DAP tanpa rasa bersalah.

Dalam memperkatakan hak-hak, DAP dengan sombong nya mengatakan bahawa  mereka adalah dari golongan yang tertindas dalam Negara ini. Adakah dengan kemewahan dan kekayaan mereka serta mengecapi peluang yang diberikan oleh kerajaan menjadikan mereka tertindas?

Cuba ditanya bagaimanakah kekayaan yang mereka miliki ini dihasilkan? Golongan manakah yang paling ramai menjadi jutawan melalui nikmat dan kemakmuran dalam negara ini. Bagi ultra kiasu semuanya ini tidak mencukupi sehingga negara ini menjadi  milik mereka.

Orang Melayu pula langsung tidak mengambil hak orang lain. Kenapa perlu ditentang? Misalnya, hak istimewa raja-raja Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak.

Sebenarnya ini lah kekuatan dalaman yang mesti dipertahankan oleh orang Melayu. Kekuatan ini lah menjadi duri dalam daging perjuangan DAP. Mereka mahu segalanya yang berkaitan dengan Melayu terhapus sama sekali walaupun berbagai alasan diberikan bahawa mereka tidak akan mempertikaikan hak-hak tersebut.

Semua perkara ini sudah termaktub dalam perlembagaan dan dipersetujui bersama. Jika dengan pelaksanaan hak-hak ini, bukan Islam hidup merana, miskin, agama akan tergugat. Justeru itu kepada orang Melayu Islam, penolakan DAP adalah sesuatu yang boleh dikategorikan wajib ditentang dengan apa cara sekali pun.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*