Senarai Barisan Kabinet Yang Baru

Share This:

Rombakan Kabinet penuh debaran hari ini menyaksikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berundur daripada Kabinet dan pelantikan dua Menteri penuh serta empat Timbalan Menteri baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumkan rombakan Kabinet itu di Perdana Putra, di sini, sebentar tadi, berkata Husni meminta untuk berundur atas sebab peribadi.

Dua Menteri penuh yang dilantik ialah Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau mengambil alih portfolio Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Ghani dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua. Perdana Menteri berkata, Timbalan Menteri yang baharu dilantik ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Mansor sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S K Devamany sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

1.MP Jerlun, Datuk Othman Aziz dilantik Timbalan Menteri Kewangan

2. Datuk Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua

3. Tan Sri Noh Omar dilantik Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

4. Datuk Abdul Rahman Dahlan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi

5. Menteri Kewangan II Ahmad Husni ambil keputusan tamatkan perkhidmatan dalam kerajaan atas sebab peribadi

6. Mah Siew Keong dilantik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

7.Timbalan Presiden MIC SK Devamany dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri .

8. Timbalan Menteri Kewangan Chua Tee Yong kini Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

9. Timbalan Menteri MITI Lee Chee Leong kini Timbalan Menteri Kewangan.

10.Anggota Parlimen Lawas Henry Sum Agong dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan .

11. Anggota Parlimen Silam Datu Nasrun Datu Mansur dilantik Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*