Ugutan Militan IS, PDRM Sikit Pun Tak Gentar

Share This:

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak sedikit pun berasa gentar dengan ugutan dan ancaman yang diberikan dalam video yang dihasilkan oleh militan IS yang viral di laman YouTube sejak semalam.

Ketua Polis Negara IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini bukan video pertama yang dikeluarkan kumpulan itu dan pihak polis sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dan tidak takut menghadapi ancaman kumpulan militan itu.

Menurutnya, PDRM tidak akan sekali-kali membenarkan elemen IS untuk bertapak dan menyebar luas fahaman mereka di negara ini.

“Janganlah cuba nak gertak kami walaupun polis tidak memandang ringan ugutan-ugutan yang dibuat oleh kumpulan ini tetapi kami terlalu “tua” untuk terima gertakan seperti ini. Kami (polis) sudah berusia 209 tahun jangan cuba nak gertak kami.”

“Setakat nak buat ugutan dari jauh, kalau berani baliklah. Saya percaya dan penuh yakin keseluruhan anggota PDRM, kita akan tingkatkan kesiapsiagaan dan kita tidak akan gentar dengan ugutan melalui video oleh kumpulan ini,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Go-To-Safety-Point di Stesen Petronas Kolam Ayer Lama, di Ampang, hari ini.

Dalam video berkenaan, tiga individu dipercayai rakyat Indonesia, Filipina dan Malaysia telah membuat ugutan secara terang-terangan untuk menyerang dan memenggal leher pada anggota PDRM.

Kandungan mesej video berkenaan juga menghasut individu yang menyokong IS supaya bangkit menentang kerajaan termasuk di Malaysia.

Kepada mereka di Bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak akan aman sebentar lagi.”

Itu antara kata-kata ugutan menerusi video yang disebar Selasa lalu oleh seorang anggota IS Malaysia yang kini berada di Syria.

Dia telah dikenal pasti sebagai Mohd Rafi Udin berasal dari Negeri Sembilan yang kini dikatakan sedang berada di Syria.

Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu bahawa Rafi yang bercakap di dalam video tersebut adalah antara ahli Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM), yang meninggalkan Malaysia pada 2014 untuk menyertai IS di Syria.

Bahagian berkenaan juga mempunyai video grafik yang memaparkan Rafi bersama dua lagi pejuang IS, memenggal tiga tebusan, dipercayai pengintip.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*