PM Britain David Cameron Umum Letak Jawatan Menjelang Oktober

Share This:

Perdana Menteri Britain David Cameron hari ini mengumumkan meletakkan jawatan selepas rakyat negara itu mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Sebelum ini, beliau memberi peringatan United Kingdom (UK) akan mengalami kesan ekonomi yang teruk jika keluar dari kesatuan tersebut.

Cameron, bagaimanapun berjanji akan membantu menstabilkan keadaan dalam masa beberapa bulan akan datang sebelum mengundurkan diri menjelang bulan Oktober depan.

“Saya tidak rasa ia langkah yang tepat untuk saya terus menjadi kapten yang mengemudi negara ini ke destinasi seterusnya,” katanya dalam ucapan di kediamannya di Downing Street, London hari ini.

Hari ini, sejarah tercipta apabila rakyat UK telah mengundi untuk keluar dari gabungan EU dengan 52 peratus mengundi untuk keluar dan hanya 48 peratus memilih untuk kekal dalam pemilihan yang sengit.

Menurut laporan BBC, dengan 374 daripada 382 wilayah mengundi telah membuat keputusan, sejumlah 16.8 juta mengundi untuk ‘keluar’ manakala 48 peratus atau 15.7 juta memilih untuk kekal.

Berkenaan peristiwa ini, di laman sosial Twitter, hashtag #Brexit trending di seluruh dunia apabila kebanyakan penggunanya memberikan pendapat dan mengulas berkenaan referendum itu.

Hasil kaji selidik di Twitter mendapati, golongan muda di Britain tidak begitu gembira dengan tindakan ini kerana mereka bimbang akan masa depan.

Mereka menyalahkan golongan berusia yang mengundi untuk keluar dari EU tanpa mempertimbangkan beberapa perkara seperti ekonomi dan organisasi baru.

Kerisauan golongan itu nyata benar kerana keputusan itu turut menyaksikan mata wang Britain, pound mencapai paras terendah sejak lebih 31 tahun lalu berbanding dolar Amerika Syarikat.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*