Selepas Ramesh, Pemuda UMNO Desak Kerajaan Hentikan Dana Untuk Yayasan Kepimpinan Perdana

Share This:

Pada 13 Ogos tahun lepas, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao sudah pun mendesak kerajaan untuk menghentikan pemberian geran ataupun dana kepada Yayasan Kepimpinan Perdana kerana sudah disalahgunakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan kerajaan.

Antara yang disebut oleh Ramesh ialah tindakan bekas Perdana Menteri itu yang menjemput Editor Sarawak Report (SR) Clare Rewcastle Brown ke pejabat yayasan di Putrajaya yang sama sekali tidak dapat diterima.

Hari ini, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun juga senada dengan Ramesh mendesak kerajaan untuk menghentikan segera bantuan yang diberikan kepada yaysan berkenaan.

azwanbro-pemudaumno

Beliau berkata, Pergerakan Pemuda UMNO memandang serius tindakan Dr Mahathir memperalatkan Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai satu platform untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Justeru, Pemuda mahukan bantuan kerajaan kepada Tun Mahathir dan Yayasan Kepimpinan Perdana dihentikan segera…bantuan termasuk kewangan, harta tetap termasuk bantuan penggajian kakitangan sedia ada hendaklah dihentikan segera,” kata beliau.

Yayasan berkenaan mempunyai 22 orang kakitangan dan gaji mereka dibayar oleh kerajaan.

Menurut Khairul Azwan, beliau akan menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO untuk memaklumkan pendirian mengenai Pemuda UMNO itu secepat mungkin dan membangkitkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.

“Kita sedia maklum Yayasan ini juga menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat, tapi hari ini saya mendesak supaya dana yang berasal dari kerajaan dihentikan,” katanya.

Dalam desakan Ramesh tahun lepas, beliau berkata Yayasan Kepimpinan Perdana diwujudkan untuk mengajar dan memberi inspirasi pemikiran bekas-bekas Perdana Menteri serta dasar mereka untuk kebaikan generasi akan datang.

RameshKepimpinan

“Yayasan Kepimpinan Perdana bukan diwujudkan untuk menggulingkan atau menjatuhkan kerajaan, yayasan adalah untuk membantu generasi yang akan datang,” katanya.

Ramesh turut mencadangkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk dilantik menerajui Yayasan Kepimpinan Perdana kerana Dr Mahathir sudah pun dilihat menyalahgunakan platform berkenaan.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*