Rafizi Edar Beras Jenama Anwar Di Pandan

Share This:

KECELUPARAN Rafizi Ramli memfitnah pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional(BN) bukan satu perkara asing bagi rakyat Malaysia.  Namun apabila Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli parlimen Pandan itu melakukan perkara yang sering beliau kutuk berkenaan tindakan BN maka beliau dilihat seperti menepuk air didulang yang akhirnya terpercik ke muka sendiri.

Sebuah akhbar melaporkan Rafizi dipetik sebagai berkata penyakit ‘kebendaan’ dalam kalangan pengundi menjadi antara penyebab Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain, faktor projek dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka (BN),” kata Rafizi dalam laporan itu.

Kini Rafizi dilihat sebagai “cakap tak serupa bikin” apabila beliau pula mengedarkan beras berjenama Anwar Ibrahim berserta duit raya di kawasan Parlimen Pandan baru-baru ini.

Sebelum ini, beliau yang dilihat mengkritik dan mengutuk apa sahaja langkah kerajaan BN dalam menjaga kebajikan rakyat namun kini beliau sendiri pula turut menghulurkan sumbangan beras berjenama Anwar dan duit raya.

Imej beliau yang sememangnya tercalar makin bertambah buruk. Rakyat kini tahu bahawa apa sahaja yang beliau ucapkan  “satu pun tak boleh pakai”.

Baru-baru ini, dalam facebook Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengkritik tindakan negatif pembangkang yang mengambarkan pemberian dan bantuan kepada kerajaan seumpama sumbangan kepada haiwan.

Menghulurkan bantuan kepada rakyat yang susah dan memerlukan adalah kerja-kerja perihatin lagi mulia tetapi jangan dok serang pihak lain buat semuanya salah belaka bila tiba sendiri lakukan kira ok.

Hari baik, bulan baik ini, ada pula sesetengah pihak yang semakin lama semakin keterlaluan dalam tutur kata mereka. Bantuan kerajaan selama ini untuk membantu rakyat dilabel seperti memberi dedak kepada haiwan.

Kerajaan Barisan Nasional bina sekolah, bina rumah, bina jalan, semua ini untuk rakyat, bukannya bagi makan dedak. Dedak itu makanan haiwan, tidak patut disamakan dengan bantuan yang diberikan kerana kita prihatin dengan keperluan rakyat. Janganlah ada yang kehilangan modal politik kini bermain pula dengan retorik dan kata-kata kesat dan merendahkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional dari dahulu sehingga kini akan terus berkhidmat demi kepentingan rakyat Malaysia. Mereka sedaya upaya cuba menunaikan janji yang diberikan semasa pilihan raya. Tidak wujud istilah manifesto bukan janji yang perlu dikotakan dalam kamus kerajaan Barisan Nasional.

  • PRU14.tv

 

rafizi 1

rafizi 2

rafizi 3

rafizi 4

rafizi 5

rafizi 6

rafizi 7

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*