KFC Menghasilkan Set Makanan Dengan Power Bank Terbina

Share This:

KFC banyak menghasilkan gimik jualan sejak kebelakangan ini seperti menggunakan pelayan robot di China dan kerangka iPhone berbentuk ayam goreng. Kini sebuah lagi gimik jualan dilakukan oleh KFC India. Pengguna boleh membeli set makanan Watt A Box yang dilengkapi dengan power bank terbina.

Watt-A-Box-2

Sebuah power bank bersaiz 6100mAh disertakan dan terdapat sambungan USB-A untuk kabel mengecas dan MikroUSB untuk mengecas semula power bank. Selepas usai menikmati makanan, power bank ini boleh dikeluarkan dari kotak untuk digunakan oleh pelanggan. Buat masa ini promosi Watt A Box hanya ditawarkan kepada pelanggan di Mumbai dan Delhi. Ini mungkin gimik yang aneh tetapi harus diakui ianya amat praktikal.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*