Mahathir Dan DAP Punca Kesengsaraan Rakyat Berpuluh Tahun

Share This:

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu calon yang bertanding di kedua-dua pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi wakil kepada rakyat di Parlimen dan bukannya menjadi ‘wakil Najib’.

Tugas hakiki menjadi wakil rakyat adalah untuk membawa suara dan masalah rakyat  ke Parlimen dan bukan menjadi ‘tukang angguk’ kepada ‘bos’ yang membawa mudarat kepada ekonomi serta urustadbir negara.

Ini lah yang telah dilakukan oleh Mahathir semasa memerintah selama 22 tahun. Setiap perkataan yang dikeluarkan adalah bersifat kuku besi dan dimana penentang nya semuanya akan diberikan “Dedak Kemunting” yang sedia menanti.

Dizaman itu,  tiada sesiapa pun berani untuk menyatakan kebenaran dan setiap cadangan yang tidak mementingkan kepada laba diri akan ditolak. Penentangan yang dilakukan terhadap kepimpinan ini akan mendatangkan bencana.

Rata-rata pada masa itu, setiap slogan yang dibuat adalah bertujuan untuk melindungi serta memanjangkan tempoh sokongan terhadap satu regim yang zalim dizaman Mahathir. Beberapa orang Timbalan  telah menerima nasib yang sama apabila meluahkan kesilapan yang dilakukan.

Kebencian Mahathit terhadap DAP bukan selindungan lagi satu ketika dahulu, namun  sekarang DAP merupakan sekutu yang tidak pernah dilupakan. Seakan  Romeo n Juliet. Segala yang diperkatakan satu ketika dahulu telah dilupakan.

Gabungan yang cukup intim untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh  DS Najib Razak. Segala idea digunakan untuk memastikan calon PAN dan PAS memastikan kemenangan  di kedua kerusi yang dipertandingkan.

Mahathir lupa bahawa, Kebencian  orang Melayu terhadap DAP bukan terselindung lagi. Kebencian rakyat  terhadap penindasan serta kezaliman  DAP telah menjadikan Melayu membuka mata seluasnya untuk menolak DAP dan juga termasuk Mahathir.

Apa akan jadi jika PAN menang? Bila wakil PAN (jadi Ahli Parlimen), apakah yang mula-mula mereka lakukan? Pertamanya, mereka akan tutup mulut. Jangan kata apa-apa tentang DAP atau kesulitan rakyat. Mereka lebih teruja dengan isu yang berkaitan DAP dari orang Melayu itu sendiri.

Zaman Mahathir dan Guan eng mempunyai persamaan, Kalau kritik, disumbatnya  mereka ini dengan “dedak Kemunting,”  dan jika Guan Eng pula maka  pintu rezeki akan di hapuskan sama sekali. Ini termasuk pemecatan dan juga merobohkan punca rezeki terutama orang Melayu.

Menurut pandangan rakyat, sikap Mahathir satu ketika dahulu  yang menjadikan ‘wang sebagai raja’ sudah cukup menggambarkan beliau sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab, sekaligus bertentangan dengan sifat seorang pemimpin yang sepatutnya bersikap amanah dalam menjalankan tugas.

Duit boleh beli apa sahaja. Dia anggap duit sudah cukup (untuk buat apa sahaja). Manusia, dia boleh beli bila dia percaya duit adalah raja. Maka terbinalah konsesi konsesi yang membebankan rakyat dengan perjanjian puluhan tahun  untuk kroninya.

Dengan kemenangan BN dalam PRK Kuala kangsar dan Sg Besar, bermakna rakyat telah memberi sokongan penuh terhadap calon dari Barisan Nasional.

Sekali gus legasi DAP dan Mahathir yang bersifat Kuku besi  dimusnahkan. PRK  Kuala Kangsar dan  Sungai Besar telah menjadi saksi penolakan rakyat terhadap Mahathir dan  DAP didalam mengamalkan budaya fitnah dan bohong kepada rakyat.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*