Kaka Azraff Perjuangkan Muzik, Bukan Kejar Populariti

Share This:

Kehadiran Kaka Azraff dalam industri hiburan tanahair bukan untuk mendapat pengikut yanng ramai sebaliknya dia mahu memperjuangkan muzik yang dibawa.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 27, berkata, adalah perlu untuk dia membawa muzik yang berbeza dalam dunia muzik di negara ini.

“Kehadiran saya cuma ingin mengentengahkan genre muzik berbeza kepada pendengar.

“Saya begitu sukakan muzik, kadang-kadang muzik yang didengari saya itu masih tiada lagi di Malaysia selain rakyat Malaysia kini sudah terbuka dalam menerima sesebuah genre muzik yang baru,” katanya kepada¬†mStar Online.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*