Jualan iPhone 6 Diharamkan Di Beijing Kerana Didakwa Meniru Rekaan Peranti Ini

Share This:

Kerap kita dengari rekaan iPhone ditiru oleh pengeluar lain. Kes paling terkemuka ialah apabila Samsung berjaya disaman Apple kerana rekaan peranti keluarga Galaxy S mereka. Sejak kebelakangan ini semakin banyak pula peranti dari negara China yang mempunyai rekaan yang “diilhamkan” oleh iPhone. Tetapi apa yang berlaku di Beijing minggu ini adalah sedikit mengejutkan kerana Apple didakwa meniru peranti Android keluaran 100+.

iphone

Syarikat yang tidak terkemuka ini mendakwa iPhone 6 dan 6 Plus meniru rekaan telefon pintar100C keluaran mereka. Oleh sebab itu  Pejabat Harta Intelek Beijing mengharamkan penjualan iPhone 6 dan 6 Plus kerana rekaan peranti Apple ini dikatakan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna yang mahu membeli 100C. Apple kini mencabar pengharaman jualan peranti mereka ini dan buat masa ini jualan masih boleh dilakukan di luar Beijing.  Apakah pendapat anda? Adakah iPhone 6 dan 6 Plus mempunyai terlalu banyak persamaan dengan 100C sehingga menimbulkan kekeliruan?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*