Jawapan Untuk Semua Dakwaan Palsu Mahathir Terhadap Kerajaan

Share This:

Setelah lebih 48 jam mendiamkan diri, akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamed, individu yang mahu melihat Barisan Nasional ditewaskan dengan teruk di dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besaar akhirnya bersuara menerusi blognya, chedet.cc. Seperti yang dijangka, tiada apa yang mengejutkan dalam 10 perkara yang ditulis olehnya.

Dalam tulisannya, beliau mengakui kemenangan BN tidak mengubah pendiriannya. Malah beliau dikatakan akan bertindak lebih keras dari sebelumnya. Bukan suatu perkara yang mengejutkan andai Tun M berkata demikian kerana sejak dari awal penentangannya, beliau sentiasa dilihat cukup keras demi mahu melihat Datuk Seri Mohd Najib ditumbangkan.

images (12)

Sekali lagi Tun M seolah-olah seperti orang tuli dimana beliau enggan menerima hakikat segala dakwaannya telahpun terjawab dalam banyak peringkat. Beliau mahu menanam kebencian rakyat menerusi isu 1MDB, isu derma, Jho Low dan sebagainya. Kesemua isu berkenaan telahpun dijawab dan telahpun menemui titik nokhtahnya. Adakah Tun M masih mahu mempertikaikannya? Adakah beliau menolak keputusan undang-undang?

Adakah, dengan semua keputusan yang jelas menyebelahi Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyaksikan beliau didapati tidak bersalah dalam semua dakwaan ini menyebabkan Tun M tidak dapat menerima kenyataan? Adakah dengan keputusan yang memihak kepadanya, barulah beliau fikir segalanya baru betul dan mengikut landasan undang-undang? Jika demikian, adalah wajar negara ini hanya berlandaskan kepada “undang-undang Mahathir” sahaja.

Seperti yang dihuraikan dalam banyak media massa serta pengakuan dari bekas Peguam Negara sebelum ini, Tan Sri Abdul Ghani Patail, beliau sendiri mengakui, tahap kesihatannya begitu merosot sehingga beliau tidak lagi mampu untuk menjalankan tugas-tugasnya selaku Peguam Negara. Oleh yang demikian, adalah penting untuk melantik penggantinya memandangkan beliau mengakui sendiri sudah tidak mampu menjalankan tugas.

Persoalannya, kenapa Tun M beriya-iya mahu meletakkan seseorang yang sudah tidak mampu menjalankan tugas dan menentang perlantikan Peguam Negara yang baru? Apa muslihatnya sehingga menuduh Peguam Negara yang baru seolah-olah hanya menurut kata Perdana Menteri sedangkan tugas sebagai Peguam Negara adalah bebas dari sebarang pengaruh politik. Tun M tahu tentang hal itu.

images (14)

Sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia, beliau seharusnya tahu peranan yang dimainkan oleh Peguam Negara dalam menjaga kkesemua aset negara dan menjaga kedaulatan undnag-undang negara. Untuk apa beliau mempertikaikan semua itu walhal apa yang dilakukan oleh Tan Sri Apandi jelas menurut landasan undnag-undang?

Besar kemungkinan, Tun M tidak dapat menerima pelbagai pengiktirafan yang dinikmati negara menerusi Datuk Seri Mohd Najib. Malah, tidak menghairankan apabila beliau lebih banyak menerima maklumat dari sumber media yang sama sekali diragui kebenarannya.

Satu ketika dahulu, beliau cukup menentang semua laporan yang dikeluarkan oleh The Wall Straits Journal, Sarawak Report, Australian Broadcasting Corp dan banyak lagi media antarabangsa. Malah beliau menanam dokrin dimana, semua media barat langsung tidak boleh dipercayai dan berniat jahat mahu menjahanamkan negara. Kenapa kini beliau mengajak rakyat mempercayai sumber berita yang tidak sahih?

Sangat jelas bahawa apa yang cuba dilakukan oleh kebanyakan media asing hari ini adalah bertujuan untuk melemahkan negara. Dakwaan yang mengatakan Malaysia berhadapan dengan kemuflisan jelas satu pembohongan yang nyata dan lebih malangnya, Tun M selaku pemegang kad pengenalan negara serta bekas Perdana Menteri, memanjangkan pembohongan yang diperolehi dari media antarabangsa.

images (15)

Disinilah terletaknya kewarasan dalam berfikir. Nyata sekali dalam hal ini, Tun M sudah hilang kewarasan berfikir dan beliau hanya berminat untuk menjatuhkan Perdana Menteri melalui apa jua cara. Malah, beliau juga tergamak menuduh kerajaan yang ada sekarang membeli setiap undi yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya kecil yang lalu.

Jika dakwaan beliau mempunyai asas, kenapa beliau tidak membawa perkara ini kepengetahuan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Jika beliau memberikan alasan SPRM tidak lagi boleh dipercayai, ini bermakna beliau secara tidak sedar telah menolak penguatkuasaan undang-undang di negara ini. Siapa Tun M untuk mempertikaikan segala undang-undang yang telah ditetapkan di negara ini sejak sekian lama.

Dalam Rukun Negara, ayat Keluhuran Berpelembagaan adalah antara ikrar yang dilafazkan oleh setiap seorang rakyat Malaysia. Jika ini gagal dihayati oleh Tun M, ini bermakna beliau sudah tidak layak lagi untuk menjadi rakyat negara ini apabila beliau sendiri menolak kewujudan undnag-undang. Adakah ini pemimpin yang baik untuk diikuti?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*