Masyarakat Cina Kembali  Memberikan Sokongan Dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Share This:

Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan juga Sungai Besar telah berakhir dan  rakyat  di kedua-dua kawasan telah  menyatakan hasrat mereka melalui kertas undi dengan memilih  wakil dari Barisan Nasional sebagai  wakil mereka di Parlimen.

Pertembungan tiga penjuru dari ketiga-tiga parti yang bertanding iaitu PAS, PAN dan BN   telah memperlihatkan corak matang berkempen yang penuh dengan semangat demokrasi yang menjadi amalan  dalam Negara ini.

Sejak MCA memulakan era transformasi dalam organisasi itu, MCA secara dasarnya telah dan terus memperbaiki  kelemahan-kelemahan dari setiap cabang kepimpinan dan  telah bersungguh-sungguh berusaha menjadi rakan yang setia kepada Barisan Nasional.

Sebelum ini berbagai cemuhan, kejian dengan pelbagai kata-kata dihamburkan kepada MCA dan dianggap sebagai sekutu yang menikam  BN dari dalam susulan kegagalan MCA membawa pengundi Cina menyokong Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu.

Cabaran ini disambut oleh MCA dengan melakukan pendekatan program yang pada kebanyakannya melibatkan rakyat marhaen demi untuk mengembalikan keyakinan  masyarakat Cina kepada MCA. Tugas yang amat berat ini dipikul oleh kedua pemimpin hebat MCA iaitu, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan juga Datuk Seri Wee Ka  Siong dengan kesungguhan.

Akhirnya PRK Kuala Kangsar dan  Sungai Besar  telah menjadi medan ujian  MCA untuk membuktikan bahawa  MCA bukan sebuah parti sekutu yang menikam rakan sekutunya yang lain dalam berpasukan.

Lebih 2,000 anggota MCA dari seluruh negara digerakkan untuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA mendekati pengundi terutamanya kaum Cina bagi memberi penerangan secara telus mengenai isu semasa yang melanda negara kini. MCA sebelum ini menghadapi kekangan ekonomi dan politik semasa, dan juga proses kebangkitan semula parti berikutan pencapaian buruk mereka dalam pilihan raya umum yang lepas,

MCA kini terus bergerak ke hadapan. Sebagai rakan kepada Barisan Nasional dengan memastikan  sokongan masyarakat Cina terus dipertingkatkan demi memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Menerusi PRK kali ini, MCA dengan penuh keyakinan mengajak semua kaum Cina khususnya di Sekinchan supaya menyokong BN kerana konsep kesatuan yang diamalkan kerajaan persekutuan berjaya membuktikan keteguhan dalam pentadbiran selama ini.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, pada 5 Mei lalu.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Budiman; calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara (PAN).

Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Datin Mastura Mohd Yazid daripada BN, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Amanah Kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*