Kemenangan BN Jadikan Deklarasi Rakyat Sebagai Sampah

Share This:

Tepat jam 10 malam semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan sesuatu yang memberikan keceriaan kepada dua kem Barisan Nasional di Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar. Manakan tidak, Pilihan Raya Kecil di kedua-dua Parlimen ini telah membawa pencapaian yang cukup mengagumkan apabila BN telah mencapai kemenangan yang besar kali ini.

Kemenangan BN di Kuala Kangsar menerusi Datin Mastura Yazid dengan majoriti 6,969 dan kemenangan Budiman Mohd Zohdi dengan majoriti 9,191 kali ini benar-benar luar biasa jika dibandingkan dengan majoriti yang diperolehi pada Pilihan Raya Umum yang lalu. Tambahan pula, kempen kali ini turut diganggu oleh pengkhianat nombor satu negara, Tun Dr Mahathir menerusi Deklarasi Rakyatnya.

images (5)

Di dua kempen Pilihan Raya yang dihadirinya, beliau tidak sudah-sudah mempromosikan Deklarasi Rakyatnya yang sebelum ini secara sahnya telah menipu rakyat Malaysia. Kali ini, beliau jelas berada didalam kem PAN, pesaing BN di kedua-dua kerusi Parlimen ini. Alasan yang diberikan, calon PAN menyokong penuh deklarasi ini berbanding calon PAS dan Bebas.

Malah, dalam banyak ucapannya, beliau menyeru pengundi di kedua-dua Parlimen ini untuk menolak calon BN. Malah, tanpa segan silu, beliau menyeru pengudi untuk mengalahkan BN sehingga calon BN kehilangan deposit hanya untuk mengajar Datuk Seri Mohd Najib dan pada yang sama mempromosikan Deklarasi Rakyat yang tandatangannya boleh dipertikai kesahihannya.

Namun semalam, penduduk di Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar telah memberikan Tun M maksud Deklarasi Rakyat yang sebenar. Mereka menterjemahkan deklarasi mereka menerusi kertas undi dengan memberikan majoriti yang jauh lebih besar dari apa yang dijangkakan. Ini sekaligus menghantar Deklarasi Rakyat Tun M – Kit Siang kebangkul sampah.

Nyata sekali, tiada keperluan untuk rakyat menandatangani Deklarasi Sampah berkenaan kerana rakyat negara ini sudah cukup matang untuk menyuarakan kemahuan dan pilihan mereka menerusi kertas undi. Mungkin Tun M perlu menilai semula gerakan-gerakan bodohnya yang sememangnya secara jelas telahpun ditolak oleh rakyat mentah-mentah.

images (6)

Hanya mereka yang tidak memahami erti demokrasi sahaja yang begitu beriya-ia mahu menjayakan Deklarasi Rakyat ini kerana beranggapan melalui tandatangan sebanyak 1 juta sahajalah dapat menjatuhkan Perdana Menteri. Walhal, melalui sistem Demokrasi tulin, Perdana Menteri hanya dapat di jatuhkan andai beliau mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya sahaja.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*