#PRKSgBesar : Keputusan Dua PRK Penentu Hala Tuju PAS Untuk PRU14

Share This:

Sejak PAS berpisah dengan rakan parti Pakatan Harapan tahun lalu, ramai yang tertanya-tanya adakah PAS mampu untuk terus kekal relevan dalam arus politik perdana disaat kemunculan satu lagi parti klon PAS yang ditubuhkan oleh para pengkhianatnya, PAN. Sejak diisytiharkan tidak lagi diperlukan dalam Pakatan Harapan, PAS cuba untuk menjadi parti persendirian dalam usaha menerobos Putrajaya atas kapasitinya sendiri.

Namun begitu, PAS seperti sedia maklum, amat sukar untuk berdiri diatas kaki sendiri disaat cabaran politik semakin menggila hari ini. Oleh yang demikian, pada penghujung tahun lalu, PAS akhirnya memilih Parti Ikatan Rakyat Malaysia (IKATAN) sebagai rakan sekutu bagi membentuk blok kedua pembangkang di Malaysia. Persoalannya, adakah PAS dapat terus bertahan dengan menjalinkan kerjasama dengan parti sekecil ini?

images

Ramai pengamal politik hari ini begitu sibuk membuat kiraan, berapa lama lagi negara akan menuju kepada Pilihan Raya Umum ke 14. Walapun sekarang, kebanyakan jentera parti politik sekarang sedang bertarung di dua Pilihan Raya Kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, namun, tumpuan utama pastinya terarah kepada Pilihan Raya Umum kelak dimana prestasi di dua pilihan raya kecil ini menjadi kayu pengukur kemampuan kesemua parti ini.

Begitu juga dengan PAS. Ramai pemerhati politik hari ini menyifatkan, tiada apa yang bakal berubah pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak dimana Barisan Nasional sekali lagi dapat mengekalkan kuasanya. Mungkin ada yang tidak bersetuju, namun hakikat sebenar menunjukkan, tiada sebab untuk BN tumbang pada PRU 14 andai momentum di Sarawak dan dua PRK (andai BN berjaya) ini dapat diteruskan.

Apa yang perlu dilakukan oleh BN adalah mendengar nasihat dan cadangan dari penyelidik bebas demi menambah baik keperluan dan kekuatan BN untuk mengharungi detik penentu itu kelak. Disinilah persoalannya, adakah PAS turut sama menjalankan kaji selidik kekuatannya disaat PAS hampir lumpuh dikerjakan PAN? Adakah tahap keyakinan PAS kekal seperti sebelum ini?

Sehingga hari ini, PAS masih belum membuat keputusan yang benar-benar konkrit, siapakah rakan sekutunya untuk mengharungi PRU ke 14 nanti. Adakah PAS selesa bersendirian untuk bertanding di kesemua 222 buah kerusi Parlimen? Adakah PAS terpaksa menanggung sebuah parti kecil hanya semata-mata mahu mempertahankan keegoannya?

download

Hari ini, daya juang dan hala tuju PAS dalam dunia politik demokrasi menghadapi kepartian lain semakin menguncup. Umpama robot kehilangan memori dan program, ketangkasannya juga sudah semakin lemah. Walaupun berupaya mengeluarkan seruan namun seruan itu mudah sangat disanggah. PAS masih di takuk dahulu dimana kemampuannya hanyalah terhad di Kelantan.

Harus diingat, PAS hampir seusia UMNO dalam arus politik negara. Dalam usia sebegini, kadangkala perlua ada reformasi dan perubahan paradigma untuk terus mengekalkan PAS kekal relevan dalam politik. Andai PAS masih berkeras dengan pendiriannya yang lebih kepada konservatif berbanding proaktif, lama kelamaan, tidak mustahil PAS akan hilang dan seterusnya hanya tinggal sejarah, sesuatu yang cukup diidamkan oleh PAN dan DAP.

Seperti Nokia, Erricson dan Motorola mereka lenyap dalam arus pembangunan teknologi canggih yang kini dikuasai oleh Samsung, Huawei, Lenovo dan Asus. Perkara yang sama turut mungkin akan berlaku kepada PAS andai tiada sebarang perubahan ketara dalam pengurusan parti.

Oleh yang demikian, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa, sebarang keputusan yang diperolehi PAS dalam dua Pilihan Raya Kecil ini, bakal menunjukkan kemampuan sebenar PAS untuk kekal relevan dalam arus politik negara. Sebarang kesilapan percaturan pastinya akan menyebabkan PAS terjerumus kearah kehancuran melainkan, mereka cukup berhati besar untuk menerima sekutu baru demi kekuatan Agama, Bangsa dan Negara.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*