#PRKSgBesar : Keadaan Tenang Di Hari Pengundian

Share This:

Hari ini, seramai 42,356 orang pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing di semua 28 buah pusat pengundian di seluruh Parlimen Sungai Besar. Sehingga jam 1 tengah hari tadi, jumlah yang telah keluar mengundi sudah mencecah 53 peratus atau 22,449 orang telah keluar mengundi.

Sesuatu yang menarik untuk disaksikan, ketika ramai pihak mendakwa Parlimen Sungai Besar antara pilihan raya yang agak panas berbanding Kuala Kangsar, suasana pengundian di sini jelas jauh lebih aman dan tenang berbanding jangkaan awal. Kesemua tempat pembuangan undi dilihat begitu teratur dengan perayu undi dilihat berada di tempat masing-masing tanpa sebarang provokasi melampau.

242e94fc-5118-41cb-a8bc-59826a31ea06

Malah, perayu dan jentera Pilihan Raya BN dan PAS duduk bersama di hampir semua pusat pengundian walaupun pada amnya, kedua-dua parti ini masih belum menjalinkan kerjasama dan kedua-dua parti ini meletakkan calon masing-masing di kerusi ini.

Cuma, ada sedikit ketegangan berlaku di Sekinchan dimana jentera BN dan PAS bekerjasama mengusir jentera PAN agar menjauhi tempat mereka bekumpul. Namun begitu, ketegangan berkenaan tidak lah begitu besar melainkan hanya jeritan sahaja. Itupun berlaku kurang dari 10 minit dan ianya diselesaikan dengan cara yang cukup baik.

Berita lanjut menyusul…

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*