#PRKSgBesar : Budiman Kekal Meneruskan Legasi BN Di Sungai Besar

Share This:

Setelah mengharungi detik getir selama 14 hari dibulan Ramadhan untuk berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, akhirnya kemuncak kepada perjuangan ini berakhir pada 18 Jun tepat jam 5 petang sebentar tadi.

Tepat jam 9 malam hari ini, Seuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa calon Barisan Nasional yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi telah berjaya memenangi kerusi ini dengan menewaskan dua pencabarnya dari PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan majoriti 9,181 undi.

download

Budiman memperolehi 16,449 undi yang membolehkan beliau menewaskan Dr Abdul Rani yang hanya memperolehi 6,934 undi dan Azhar, 7,591 undi. Dengan kemenangan ini, beliau secara sahnya menjadi Ahli Parlimen Sungai Besar yang baru bagi menggantikan penyandang sebelum ini, Allahyarham Tan Sri Hajjah Noriah Kasnon.

Pencapaian beliau juga dilihat memberansangkan kerana beliau berjaya mengatasi majoriti yang diperolehi oleh penyandang sebelum ini. Malah, di beberapa pusat mengundi yang majoritinya adalah penduduk Cina, beliau berjaya mencapai kemenangan disitu dan sekaligus berjaya mengalih undi kaum CIna kembali kepada BN pada pilihan raya kali ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Budiman Mohd Zohdi diatas kemenangan besar ini. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada seluruh jentera BN yang bertungkus lumus berjuang untuk mempertahankan kerusi milik BN ini kekal milik BN untuk sekurang-kurangnya kepenggal yang akan datang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*