#PRKSgBesar : Antara DAP/PAN, PAS Dan BN, Formula Siapakah Yang Berjaya?

Share This:

Dua Pilihan Raya Kecil yang berlangsung hari ini pastinya akan memberikan pelbagai pentunjuk kepada kesemua parti politik yang bertanding dan ada di Malaysia. Ianya akan menunjukkan peratusan kemenangan, sentimen pengundi dan banyak lagi, terutamanya bagi pihak kerajaan yang pastinya ingin melihat, adakah sentimen yang cuba dimainkan pembangkang sepanjang dua minggu berkempen, mempengaruhi pengundi atau tidak.

Bagi BN, andai berjaya mempertahankan dua buah kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum yang ke13 lalu, pastinya ia merupakan satu lagi berita gembira setelah kejayaan yang cukup memberansangkan BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak bulan lalu. Pastinya, ia merupakan satu momentum terbaik untuk BN dalam merangka strategi bagi mengharungi Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

download (7)

Ia juga menunjukkan bahawa segala sentimen yang cuba dibangkitkan oleh PAN dan DAP sepanjang berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar nyata sudah tidak lagi relevan yang boleh menyebabkan BN menjadi lemah seperti satu ketika dahulu.

Pastinya DAP dan PAN cukup mengharapkan mereka dapat meraih kemenangan untuk sekurang-kurangnya satu kerusi kali ini. Memori bagaimana mereka ditewaskan dengan begitu teruk semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak bulan lalu nyata meninggalkan kesan yang cukup dalam terhadap PAN dan DAP kali ini.

Oleh yang demikian, kedua-dua parti ini bergabung tenaga untuk berkempen bagi mengelakkan keaiban yang berlaku di Sarawak terpalit di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Oleh yang demikian, seperti terlepas kandang, semua pemimpin DAP dilihat begitu aktif turun berkempen di dua kerusi Parlimen ini, seolah-olah merekalah yang bertanding, bukan PAN.

Bagi PAS pula, strategi kempen mereka yang lebih mengutamakan walkabout dari rumah kerumah pada kali ini menjadikan kempen mereka sebagai antara kempen paling pasif sepanjang penglibatan PAS dalam mana-mana pilihan raya. Menerusi kenyataan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman, mereka lebih berminat mendekati secara terus pengundi berbanding berkempen secara terbuka.

images (2)

Tegasnya, PAS kini lebih mengamalkan cara politik matang dengan memilih untuk meperjuangkan masalah rakyat yang mungkin secara langsung atau tidak langsung terlepas pandang oleh kerajaan. Malah, menerusi risalah yang mereka sebarkan sepanjang kempen, mereka lebih mengfokuskan perjuangan PAS di Parlimen dan memilih untuk berhati-hati dalam menyerang calon PAN walaupun acapkali PAS diasak oleh PAN dan DAP.

Inilah corak kempen antara ketiga-tiga parti yang kini menunggu dengan penuh debar, siapakah yang akan dipilih selaku Ahli Parlimen Baru di Sungai Besar. Keputusan awal dijangka akan diumumkan seawal jam 9 malam ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*