Muhyiddin Mesti Saman Untuk Buktikan Tidak Bersalah

Share This:

Muhyiddin Yassin mendakwa yang beliau telah difitnah dan dia menafikan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Dalam kes ini, Muhyiddin mesti menyaman Nika Gee kerana dia yang berkata bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin. Jika Muhyiddin tidak menyaman maka ini bermakna Nika yang bercakap benar dan Muhyiddin yang berbohong.

Pengikut ANC (Anti-Najib Campaign) dan Pakatuns mengatakan bahawa jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersalah maka dia mesti menyaman blogger Mat Salleh dan wartawan dari UK dan US yang menuduhnya mencuri RM42 bilion dan mungkin lebih daripada RM50 bilion wang pembayar cukai Malaysia. Memandangkan Najib enggan menyaman maka ini bermaksud dia bersalah.

Sebenarnya, jika anda tahu undang-undang maka anda akan tahu bahawa adalah mustahil bagi Najib untuk menyaman sesiapa sahaja yang berada di UK dan Amerika Syarikat. Sebagai contoh, menurut “the new UK libel and slander rules”, untuk mendakwa seseorang bagi kesalahan fitnah di UK, anda perlu mempunyai kaitan dengan UK. Jika anda tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan UK maka anda tidak boleh menyaman seorang warganegara British di mahkamah UK.

Jadi Najib akan hanya membuang masa jika beliau menyaman sesiapa atas kesalahan fitnah di UK kerana dia tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian. Semua pengikut ANC dan Pakatun yang mengatakan bahawa jika Najib enggan menyaman ini bermakna dia bersalah sebenarnya mengarut dan hanya menunjukkan kejahilan mereka terhadap sistem undang-undang UK.

Bagaimanapun, dalam kes Muhyiddin Yassin pula, lain ceritanya. Tidak syak lagi Muhyiddin tidak boleh menyaman saya di mahkamah UK kerana dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan UK. Tetapi, jika anda membaca Akuan Berkanun di bawah, anda boleh melihat bahawa perempuan simpanannya, Nika Gee Siew Yee yang membuat dakwaan bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin.

Pada asasnya, SD yang telah dibuat oleh suami Nika berkaitan dengan apa yang isteri beliau memberitahunya. SD tersebut berkenaan pengakuan isterinya. Dan isteri beliau yang memberi keterangan bahawa dia mempunyai hubungan jangka panjang dengan Muhyiddin.

Jadi dakwaan bahawa Muhyiddin mempunyai hubungan sulit dengan Nika Gee datang dari beliau sendiri. Suami Nika Gee memberitahu kami bahawa dalam SD itu adalah pengakuan isterinya. Jadi, jika Muhyiddin mahu menafikan perkara ini dan mahu menyaman sesiapa sahaja yang mendakwa bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang maka dia mesti menyaman Nika Gee.

Satu-satunya cara untuk Muhyiddin membersihkan nama beliau adalah dengan menyaman. Tidak ada cara lain. Saya percaya ini adalah perkara yang sama mereka katakan kepada Najib – bahawa satu-satunya jalan untuk Najib membersihkan nama beliau adalah dengan menyaman. Tetapi Najib tidak boleh datang ke sini ke UK untuk menyaman kerana dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan UK. Bagaimanapun, Muhyiddin tidak akan menghadapi sebarang masalah jika dia mahu menyaman kerana dia dan Nika berada di Malaysia dan tiada isu berkenaan bidang kuasa dan wilayah yang perlu diatasi.

Jadi, Muhyiddin, jika anda benar-benar tidak bersalah dan adalah mangsa fitnah, seperti yang anda katakan, maka samanlah. Anda perlu menyaman Nika Gee kerana dia adalah orang yang membuat dakwaan itu. Sudah tentu, Muhyiddin juga boleh menyaman kedua-dua mereka iaitu Nika Gee dan suaminya jika dia mahu berbuat demikian.

Walau apa pun, Muhyiddin perlu menyaman. Dia tidak boleh tidak menyaman. Jika Muhyiddin tidak menyaman maka dakwaan itu benar dan beliau tidak difitnah. Keputusan kini di mahkamah Muhyiddin. Mendakwa atau dikutuk selama-lamanya bukan hanya sebagai perayu tetapi juga pembohong.

Lelaki ini yang Tun Dr Mahathir Mohamad dan ANC mahu sebagai Perdana Menteri proksi jika mereka berjaya menggulingkan Najib? Mari kita lihat esok sama ada pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan bersetuju, terutamanya apabila tujuan untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri proksi adalah supaya Mukhriz boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Malaysia Today

SD Nika Gee 1

SD Nika Gee 2

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*