#PRKSgBesar : Terpulang Kepada Beliau Untuk Suarakan Sokongan – Dr Rani

Share This:

Kunjungan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman ke Pusat Media petang tadi membolehkan beberapa wartawan bertanya dengan beliau, apa pendapat beliau berhubung kenyataan terbuka Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang mengatakan, beliau menyokong sepenuhnya calon PAN, Azhar Abdul Shukur pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar kali ini.

Dalam kenyataan beliau sebentar tadi, beliau mengakui sedikit kecewa namun bagi beliau, ini merupakan politik matang dimana samada dari pihak beliau mahupun PAS Selangor harus akur dengan pilihan Azmin yang lebih kepada PAN berbanding PAS, parti sekutu beliau didalam Pakatan Harapan.

bcc7e8b6-8272-4e19-93cb-21a74f5b7d34

Ujar beliau, terpulang kepada Azmin sendiri untuk menentukan hala sokongan beliau dan beliau mahupun PAS Selangor tiada hak untuk mempengaruhi hak Azmin. Namun begitu, beliau tidak dapat memberikan apa-apa komen berhubung desas desus yang mengatakan PAS akan mengkaji semula Tahaluf Siyasi mereka dengan Azmin dan kerajaan Selangor berhubung isu ini.

Bagi beliau, beliau memahami kenapa Azmin lebih cenderung kearah PAN berbanding PAS walaupun pada hakikatnya, PAS merupakan sekutu rapat Azmin di dalam kerajaan negeri. Pastinya isu membabitkan sentimen parti yang menjadi sekutu Pakatan Harapan menjadi perkara pokok untuk Azmin memilih PAN.

Seperti sedia maklum, PAS bukanlah salah sebuah parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Oleh yang demikian, beliau tiada masalah dengan pilihan Azmin. Malah, jentera pilihan raya PAS kekal menjalankan tugas mereka seperti yang diarahkan tanpa perlu untuk memikir siapa yang disokong Azmin pada pilihan raya kecil ini.

Ketika ditanya mengenai kehadiran Tun Dr Mahathir sebanyak dua kali ke Sungai Besar, beliau memberitahu, itu adalah hak Tun M. Namun, bagi pihak PAS, mereka sebenarnya tidak setuju dengan cara Tun M yang lebih rela bersekutu dengan semua bekas-bekas musuh politiknya sambil merendah-rendahkan kredibiliti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

images (21)

Tegasnya, Tun M harus lebih matang dalam berpolitik memandangkan beliau merupakan seorang bekas Perdana Menteri. Pastinya, jika diukur dari segi pengalaman, Tun M jauh lebih berpengalaman. Persoalannya, kenapa harus menempelak Presiden PAS hanya semata-mata keengganan Datuk Seri Abdul Hadi menyertai gerakan menjatuhkan Perdana Menteri?

Kini, apa yang beliau lebih utamakan adalah berjuang untuk merampas kerusi ini dari tangan BN dan sekaligus membela nasib penduduk Sungai Besar berbanding terheret dengan politik murahan ciptaan DAP menerusi proksinya, PAN dan Tun Dr Mahathir.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*