#PRKSgBesar : Pembebasan Dua Nelayan Beri Impak Positif Pada BN

Sejak Presiden Indonesia, Joko Widodo mengenakan hukuman berat dan tahanan terhadap mana-mana nelayan yang didapati menceroboh lautan mereka, ramai yang telah ditahan dan bot-bot mereka diletupkan oleh pihak berkuasa Indonesia. Bagi nelayan Malaysia, terdapat beberapa orang yang telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia atas tuduhan menangkap ikan di lautan milik mereka.

Inilah yang terjadi kepada dua orang nelayan Malaysia yang berasal dari Sekinchan, Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong yang telah ditahan oleh pihak berkuasa maritim Indonesia atas tuduhan menangkap ikan di perairan negara berkenaan. Sepanjang ditahan, mereka sendiri tidak mengetahui nasib mereka dan apa yang mereka bayangkan, mereka terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk bertemu dengan keluarga.

51466074531_NelayanBebas

Namun, apa yang berlaku diluar pengetahuan mereka. Hasil kerjasama dan persefahaman erat antara kerajaan Malaysia dan Indonesia, mereka akhirnya dibebaskan semalam setelah mendapat pengampunan dari Presiden Indonesia. Pastinya ia berita gembira buat keluarga kedua-duua tahanan ini yang akhirnya menjejakkan kaki mereka di Sekinchan pada jam 5.30 petang semalam.

Berita ini pantas mendapat reaksi positif kepada penduduk kaum Cina di Sekinchan. Majoriti mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan kerajaan Malaysia yang mengusahakan pembebasan mereka. Mereka jelas kagum dengan usaha berterusan kerajaan dan bagi mereka ini sudah cukup membuktikan kerajaan yang diperintah oleh BN mampu untuk menjaga kebajikan rakyatnya tanpa mengira kaum.

Ketika tinjauan dilakukan di sebuah restoran di Sekinchan mendapati, golongan muda yang selama ini memihak kepada pembangkang sudah mula mahu mendekati semula BN. Ketika menemubual seorang anak muda kaum Cina yang mahu dikenali sebagai Steven memberitahu, tiada sebab untuk mereka tidak memberi undi kepada BN setelah BN dan kerajaan menolong rakan mereka yang ditahan sehingga dibebaskan.

Menurut Steven, adalah tidak sepatutnya kaum Cina di Sekinchan menolak BN pada kali ini dengan apa yang telah dibuktikan kerajaan yang membela nasib dan kebajikan mereka yang gagal dilaksanakan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim. Malah, menurut Steven, mereka juga mengenali calon BN yang sememangnya anak tempatan dan mereka yakin, Budiman pastinya akan turut menjaga kebajikan mereka andai diberi mandat nanti.

71466074538_freesize

Inilah impak yang cukup diperlukan BN dalam memasitikan kemenangan calon BN di Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mengekalkan kerusi milik BN selama ini. Pastinya, kempen Budiman di sini mendapat lonjakan baru hasil daripada pembebasan dua orang nelayan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *