#PRKSgBesar : PAS Anggap PAN Bertanding Sekadar Nak Kutuk Dan Hina PAS Sahaja

Share This:

Parti PAS menganggap tindakan PAN bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar bukan untuk menang dan berbakti pada rakyat tetapi semata-mata mahu menghina, mengejek dan mengutuk PAS sepanjang tempoh kempen sejak 6 Jun lalu.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat Muhtar Suhaili dalam satu program anak muda PAS malam tadi menyelar tindakan PAN yang sejak dari mula kempen mereka asyik memburukkan PAS sahaja tanpa memperkatakan sesuatu pun dalam perancangan untuk rakyat di Sungai Besar.

“Langkah PAN bertanding di Sungai Besar ini sebenarnya bukan mahu berbakti kepada rakyat tetapi sebenarnya mahu membuat penghinaan dan kutukan kepada PAS sahaja.

“Sejak dari awal berkempen lagi mereka berkata macam-macam ke atas PAS dan tiada langsung yang mereka perkatakan berkaitan jasa kepada rakyat,” katanya malam tadi di Homestay Safa, dalam program kempen Anak Jati Sungai Besar anjuran PAS.

Ia merupakan sebahagian daripada ucapan Muhtar dalam prorgram berkenaan yang turut diadakan program konvoi kenderaana pacuan empat roda, berbuka puasa, solat Terawih dan program pentas anak muda.

Mereka turut menampilkan elemen konsert mini seawal pukul 9.45 malam di halaman homestay berkenaan dengan persembahan dari peserta program dengan gitar dan nyanyian lagu yang berunsur ketuhanan.

36b5ee62-6a01-4699-b298-1f46162c988d

9284415f-0df1-45ca-8d81-f194fd6fbe48
Persembahan ala konsert mini pada program PAS di Homestay Safa, malam tadi.

Biarpun, masjid dan surau di kawasan berdekatan masih belum selesai solat Terawih program berkenaan turut diteruskan dengan menggunakan pembesar suara diselang-selikan dengan program dialog dan ceramah.

Sebelum program berkenaan turut hadir ialah artis selebriti PAS, Bob Lokman yang menyertai konvoi kenderaan pacuan empat roda yang bergerak dari Pantai Redang sehingga ke lokasi program.

PAS bertanding di PRK Sungai Besar dengan menampilkan calon mereka iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman dan berentap bersama calon Barisan Nasional (BN) yang juha DUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*