#PRKSgBesar : Kunjungan Kali Kedua, Apa Muslihat Mahathir?

Share This:

Seperti sedia maklum, Tun Dr Mahathir Mohamed bukan lagi mewakili UMNO setelah beliau mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO pada 29 Februari lalu. Sejak daripada itu, beliau begitu giat menjalankan gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib menerusi pelbagai cara. Antaranya adalah gerakan yang dipanggil Deklarasi Rakyat atau lebih dikenalu sebagai Deklarasi Mahathir – Kit Siang.

Memasuki episod Pilihan Raya Kecil di dua Parlimen iaitu di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Tun M dilihat semakin aktif menjalankan kempennya di kedua-dua Parlimen ini. Dengan memilih pentas PAN sebagai tempat untuk beliau berkempen, beliau begitu ligat mencari sokongan untuk PAN hanya semata-mata mahu melunaskan dendam beliau sahaja.

download (14)

Di dua ceramah beliau di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beliau membuka bicara dengan mendakwa dirinya tidak mewakili mana-mana parti. Namun, diakhirnya, beliau secara terbuka menyatakan sokongannya untuk calon PAN hanya bersandarkan alasan, calon PAN menyokong Deklarasinya. Inilah antara punca mengapa beliau lebih memilih PAN berbanding PAS atau mendiamkan diri sahaja seperti yang beliau lakukan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak bulan lalu.

Lebih mengejutkan, hari ini beliau muncul sekali lagi di Sungai Besar untuk sekali lagi berkempen bagi pihak PAN di sini. Timbul persoalan, kenapa beliau memilih untuk turun kali kedua ke Sungai Besar, bukan Kuala Kangsar? Apakah niat sebenar Tun M dalam hal ini?

Jika dilihat kepada kedudukan BN di Kuala Kangsar, banyak pemerhati politik menyifatkan BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi ini jika hendak dibandingkan dengan Sungai Besar. Antara alasan yang diberi adalah, pemilihan Datin Mastura adalah kesinambungan pentadbiran Allahyarham suaminya yang begitu menekankan aspek pembangunan insan di Kuala Kangsar.

Malah dikatakan, penduuduk Kuala Kangsar juga menyenangi calon ini kerana ramai yang berpendapat, Datin Mastura adalah individu yang lebih layak menjadi calon BN berbanding orang lain atas alasan beliau adalah individu paling rapat dengan Allahyarham.

4640a80b-05e5-4269-9fa9-7c3325e22985

Faktor inilah yang telah melencongkan pemerhatian Tun M dari Kuala Kangsar ke Sungai Besar. Beliau melihat, Sungai Besar sebagai lokasi yang dilihat genting dan PAN mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi kerusi ini. Oleh yang demikian, sebagai melunaskan dendam kesumatnya kepada Datuk Seri Mohd Najib, beliau memilih Sungai Besar untuk PAN mengalahkan BN dan menolak kehadiran PAS.

Tidak menghairankan apabila kehadiran beliau pastinya akan ditemani oleh kesemua pemimpin tertinggi DAP dan beliau sekali lagi dijadikan khadam oleh DAP menghasut pengundi di Sungai Besar mengundi PAN berbanding BN dan PAS. Melihat kepada pertarungan getir antara ketiga-tiga parti ini, Tun M melihat, inilah peluangnya untuk mengukuhkan PAN dan mengalahkan BN dan PAS.

Semuanya atas alasan mahu “mengajar” Datuk Seri Mohd Najib dengan kekalahan calon BN di sini. Sebenarnya, tanpa beliau sedar, kehadirannya di Sekinchan dan kebanyakan lokasi penduduk Cina di sini sebenarnya sudah ditolak oleh kaum Cina disini. Dakwa mereka, tiada apa yang disumbangkan oleh Tun M disini sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Salah seorang penduduk Cina di Sekinchan yang hanya dikenali sebagai Wong memberitahu, Tun M memang merosakkan segala yang dirancang oleh PAN dan DAP. Tun M bukan faktor yang membolehkan undi bagi PAN meningkat, sebaliknya, ia menjauhkan lagi pengundi Cina dengan PAN.

d3ae25b2-e346-48c4-8f7a-75c74bc108ff

Mungkinkah kali ini Tun M tersilap percaturan sehingga sanggup turun kali kedua di Sungai Besar? Adakah beliau tahu yang beliau sebenarnya adalah pembawa lialibiliti terbesar Pakatan Harapan berbanding ketiadaannya? Apa yang DAP tahu, kehadiran Tun M ini harus dipergunakan secukupnya dan DAP pastinya amat gembira andai Tun M terus kekal menjadi macai mereka di Sungai Besar selain daripada PAN.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*