#PRKSgBesar : Kempen DAP Dan PAN Makan Diri

Share This:

Hanya tinggal kurang dari 8 jam sahaja lagi kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar bakal melabuhkan tirainya. Pastinya, semua parti yang terlibat sedang melipat gandakan usaha mereka untuk melobi semua pengundi untuk mengundi mereka esok. Hari inilah peluang terakhir mereka mempengaruhi pengundi dan pastinya mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapat habuannya esok.

Dalam pada memperkatakan kempen yang dilakukan oleh pembangkang di sini, pastinya kempen gabungan dua buah parti dalam Pakatan Harapan, DAP dan PAN meraih perhatian ramai. Sejak dari Hari Penamaan Calon pada 5 Jun lalu, segala gerak geri PAN di sini sentiasa dikawal rapi oleh DAP. Ini termasuklah corak dan cara berkempen PAN sehinggakan ada yang melihat, DAP yang bertanding, bukan PAN.

images (15)

Justeru, segala kempen DAP yang dikenali sebagai kempen isu nasional, bukan isu tempatan mempengaruhi setiap pentas kempen mereka. Malah, DAP masih mengekalkan corak lama kempen mereka dengan memburukkan pemimpin negara dengan pelbagai tohmahan yang disifatkan sebagai fitnah semata-mata. Ini belum lagi cara berkempen memaki hamun serta sumpah seranah yang sememangnya menjadi amalan pembangkang.

Dalam pada itu, ramai dikalangan pengundi dari kaum Cina menyifatkan, apa yang dilakukan oleh DAP ini sebagai memalukan bangsa Cina di Malaysia terutamanya di Sungai Besar. Mengulas akan perkara ini, beberapa penduduk kaum Cina memberitahu, apa faedahnya DAP menerusi PAN berkempen dengan memaki hamun dan membawa isu nasional sedangan apa yang mereka mahukan adalah keperluan seharian mereka dibela.

Mereka lebih berminat untuk mendengar apa peluang yang bakal dibawa calon untuk dinikmati oleh penduduk Sungai Besar. Paling utama, inisiatif-inisiatif yang bakal dibawa oleh DAP dan PAN yang membolehkan mereka meningkatkan pendapatan atau dalam bahasa rojaknya, “asal boleh cari makan”.

Justeru mereka mempersoalkan, apa rasionalnya membawa isu 1MDB, isu derma RM 2.6 bilion dan lain-lain lagi kepada penduduk Sungai Besar? Malah, lebuh teruk, ada diantara penduduk kaum Cina begitu marahkan cara kempen DAP dimana mereka hanya diberikan tong sampah berwarna oren (warna rasmi PAN), sedangkan apa yang mereka mahu adalah masalah mereka didengar dan diatasi.

images (12)

DAP dan PAN dilihat cukup terdesak untuk mendapatkan perhatian pengundi sehingga sanggup membawa masuk Tun Dr Mahathir Mohamed berkempen di Sungai Besar. Hasilnya, kaum Cina semakin menjauhi DAP dan PAN kerana bagi kaum Cina di sini, Tun M bukan membantu apapun kepada nasib penduduk Cina di Sekinchan dan Sungai Besar.

Disinilah titik perubahan berlaku didalam kaum Cina dimana mereka lebih berminat untuk mendengar apa yang boleh ditawarkan oleh Budiman Mohd Zohdi, calon BN di kerusi ini. Benar, mereka ini unik, bukan melihat bendera, tetapi calon yang dipertandingkan. Mereka bukan seperti dahulu dimana memilih pada sentimen perkauman.

Hari ini, mereka lebih bijak memilih mereka yang mampu untuk berkhidmat untuk rakyat, bukan mereka yang muncul di Sungai Besar seperti “Touch N Go”.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*