#PRKSgBesar : BN Mendahului Tinjauan Awal

Share This:

Memasuki kurang 30 jam tempoh berkempen yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, semua parti yang bertanding kini sedang sibuk mendapatkan perangkaan awal kecenderungan pengundi untuk mengundi calon masing-masing.

Menariknya, menerusi tinjauan yang dilakukan oleh beberapa agensi mendapati, calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi kini mendahului dengan majoriti lebih 1,000 undi. Kecenderungan ini adalah kerana corak kempen Budiman yang dilihat begitu dekat dihati penduduk Sungai Besar dimana beliau lebih menitik beratkan pembangunan berterusan Parlimen ini.

download (9)

Berbanding pembangkang, mereka lebih berminat menjaja kisah nasional yang langsung tidak ada kena mengena dengan penduduk di Parlimen ini. Mereka lebih berminat menjaja kisah 1MDB, isu derma RM 2.6 bilion, GST dan banyak lagi. Ini sedikit sebanyak menjauhkan pengundi dari pembangkang dan sekaligus menyumbang kepada kekuatan calon BN itu sendiri.

Disamping itu, menerusi tinjauan yang sama mendapati, kebanyakan penyokong pembangkang kecewa dengan kemelut berpanjangan yang melanda Pakatan Harapan sejak ianya ditubuhkan tahun lalu. Mereka meluahkan perasaan tidak yakin mereka terhadap mana-mana calon Pakatan Harapan dengan ditambah lagi dengan ketidak mampuan mereka menjamin pembangunan berterusan andai memenangi kerusi ini kelak.

Namun begitu, disaat semua pihak menantikan jam 12 tengah malam esok untuk mengakhiri segala kempen dan menempuh detik sebenar pilihan raya, apa jua keadaan pasti akan berubah. Hal ini perlu dititik beratkan memandang, pembangkang pastinya akan melipat gandakan usaha untuk menjatuhkan imej calon BN di mata rakyat Parlimen Sungai Besar.

download (10)

Pastinya, semangat dan aura yang masih tebal di jiwa penduduk Parlimen Sungai Besar yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Hajjah Noriah Kasnon akan membantu serba sedikit impak terhadap Budiman. Tambahan pula Budiman merupakan anak tempatan yang sememangnya dekat dihati penduduk Sungai Besar terutamanya Sungai Panjang, DUN yang beliau wakili penggal ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*