Biadap! Mahathir Gelar Najib “Idi Amin” Penyembelih Rakyat

Share This:

Macam-macam tuduhan dan gelaran diberikan oleh brekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata untuk memburukkan Perdana Menteri.

Namun tindakan beliau menyamakan Najib dengan Idi Amin iaitu penyembelih rakyat Uganda adalah sangat-sangat biadap dan tidak munasabah sama sekali.

Beliau membuat persamaan berkenaan kononnya untuk menggambarkan Najib adalah diktator.

Bagi mereka yang tahu sejarah kekejaman dan keganasan Idi Amin ini, sudah pasti tahu bahawa Mahathir kini sudah hilang modal untuk menyerang Najib.

Beliau telah sampai ke tahap terdesak hingga terpaksa menyamakan Najib dengan pembunuh yang telah membunuh kira-kira setengah juta penduduk di Uganda.

Tahukah anda siapa Idi Amin dan kenapa beliau digelar diktaktor?

Idi Amin adalah bekas presiden Uganda dan sepanjang lapan tahun pemerintahannya, penduduk di negara berkenaan mengalami kesengsaraan dan penderitaan.

Bayangkan 500,000 penduduk telah dibunuh hinggakan Idi Amin digelar sebagai binatang. Idi Amin dilahirkan pada 16 Mei 1925

Dia membesar di kalangan puak Kakwa dan tidak menerima sebarang pendidikan formal.

Idi Amin kemudiannya menyertai tentera bermula dengan pangkat prebet pada 1946 hinggalah kepada Jeneral besar pada 1968.

Sepanjang tempoh ini dia telah berkhidmat di Burma, Somalia dan Kenya serta Uganda.

Idi Amin terkenal sebagai seseorang yang kejam dan amat ganas ketika menjalankan siasatan.

Pada 1971, beliau telah mengambil alih pemerintahan Uganda selepas menjatuhkan rejim Milton Obote.

Sejak itu Idi Amin telah menjalankan pemerintahan yang kejam dan ganas dengan kira- kira 300,000 orang telah dibunuh dan kebanyakannya tidak berdosa manakala beribu-ribu yang lain telah disiksa.

Dia juga dilaporkan telah menyimpan kepala beberapa pesaing politiknya dalam peti sejuk.

Pada 1972, ekonomi Uganda menjadi teruk dan pada 1978, tentera buangan Uganda dengan bantuan Tanzania telah menawan Uganda, memaksa Idi Amin melarikan diri ke Arab Saudi.

Ketika itu kadar inflasi di Uganda telah mencecah 1000 peratus. Idi Amin meninggal dunia akibat kegagalan organ pada 2003 dan dikebumikan di Arab Saudi.

Pada masa kematiannya, dia mempunyai dua isteri dengan tiga lagi telah diceraikan namun jumlah anaknya tidak diketahui dengan ada yang menyatakan kemungkinan dalam 30 dan 45 orang.

Selepas membaca kekejaman Idi Amin itu, dapatlah disimpulkan bahawa tindakan Mahathir menyamakan Najib dengan Idi Amin adalah sangat-sangat tidak masuk akal.

Beliau sanggup membuat perbandingan tidak masuk akal itu dalam kempen terdesak untuk menenangkan calon PAN dalam ceramahnya di Kuala Kangsar semalam.

Tanpa mempedulikan bulan puasa yang mulia ini beliau dengan sewenang-wenangnya membuat fitnah terbabit. Sangat malang.- tv14

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*