JE (Selsema Babi) Serang Kanak-kanak 6 tahun

Share This:

SEREMBAN: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, disahkan dijangkiti virus E

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah, berkata kanak-kanak dari Kuala Pilah itu menerima rawatan di HTJ sejak 20 Mei lalu.

Katanya, kanak-kanak itu yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah pada 18 Mei lalu, dipindahkan ke HTJ kerana keadaan yang semakin kritikal.

“Keputusan ujian darah mendapati kanak-kanak itu positif JE dan kita akan meneruskan pemantauan terhadapnya,” katanya di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, setakat ini tiada bukti menunjukkan semua tiga kes JE yang berlaku di negeri ini sejak Januari lalu, mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*