Ahli Parlimen Segambut, DiMinta Perjelaskan Isu Kertas Kerja RM305 Juta Yang Melibatkan Wang Rakyat

Share This:

Kebodohan Ahli Parlimen Segambut terserlah apabila beliau membandingkan isu kenyataan Rafizi yang mahu melakukan “pengeboman” yang merupakan ancaman terhadap Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak di Parlimen.

Isu kenyataan Rafizi ini telah dimanipulasikan dan diputarkan belitkan oleh  Ahli Parlimen Segambut ini dengan membandingkan ianya seperti isu 1MDB yang menjadi bahan  ceramah fitnah oleh pihak pembangkang.

Semestinya satu siasatan yang terperinci mesti dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia dimana ianya merupakan satu kenyataan yang mengugat nyawa seseorang  pemimpin dalam Negara ini. Agak ganjil dan pelik jika sesuatu ancaman itu dibiarkan begitu sahaja,.

Sebelum ini kita telah melihat bagaimana tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa dalam isu ancaman yang telah dikeluarkan oleh pengamal media sosial secara tegas tanpa komromi. Apakah satu kekebalan  kepada saorang pemimpin pembangkang yang telah mengeluarkan  kenyataan yang dibuat dikhalayak ramai perlu diabaikan.

Sudah tentu tidak, kerana setiap ancaman yang melibatkan  nyawa sudah pastinya akan disiasat tujuannya berbuat demikian.  Dalam kamus  ancaman, tiada istilah gurauan dan lawak jenaka, jika  ianya telah diucapkan oleh seseorang yang penting dalam kepimpinan pembangkang.

Sejarah tidak pernah berbohong, dalam  sejarah politik Negara, kita telah melihat pembunuhan berlaku dimana melibatkan diantara pemimpin politik. Apakah dengan kenyataan sedemikian  yang dikeluarkan oleh pemimpin  PKR ini harus diabaikan.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng seharusnya menyokong  tindakan kerajaan memulakan siasatan terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli susulan gurauan bom atom dalam ceramahnya baru-baru ini , bukan mengecam hebat tindakan keadilan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Dengan kebijaksanaan pihak polis seharusnya merasa bimbang dengan setiap ucapan yang telah dikeluarkan dan ianya digunakan dalam ceramah politik. Mungkin ada dikalangan fanatik politik  dari penyokong PKR akan melakukan perkara itu berdasarkan ucapan dan kenyataan yang telah dikeluarkan sebagai satu arahan senyap.

Rafizi dilaporkan berkata beliau berharap calon Pakatan Harapan, Dr Ahmad Termizi Ramli yang merupakan seorang pakar fizik nuklear akan ‘membaling bom atom’ kepada Datuk Seri Najib Razak jika menang dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Ahli Parlimen Pandan itu kemudian menjelaskan bahawa kenyataan itu hanyalah satu gurauan ketika berdepan dengan ‘kegilaan politik Malaysia.’

Sebenarnya tiada istilah gurauan dalam politik Malaysia, gurauan yang dilakukan oleh pihak pembangkang melalui isu yang dibangkitkan pada kebanyakannya telah menimbulkan banyak kerosakan  kepada minda rakyat Malaysia.

“Bom Jangka” yang paling besar seharusnya dibongkar ialah bagaimana penyelewengan dan skandal mega yang tidak pernah disiasat oleh SPRM yang telah berlaku di Pulau Pinang yang mana melibatkan banyak wang rakyat telah hangus begitu sahaja  dengan sia sia.

Skandal yang melibatkan wang rakyat dan tanah di Pulau Pinang serta beberapa skandal yang berlaku di Selangor adalah  ancaman yang paling dahsyat  serta mengugat  kesejahteraan dan ekonomi  rakyat. Begitu juga dengan segala perbelanjaan mewah  dan harta luar biasa pemimpin Pakatan Harapan seperti memiliki kereta mewah . Siapakah yang menaja semua ini?

Seharusnya Guan eng yang mempunyai akal yang waras  meletakan jawatan ekoran bom yang yang telah diciptanya sendiri  terutama  dalam isu pembaziran wang rakyat dalam projek Terowong dasar laut yang mana  dikhabarkan  akan dibatalkan pembinaannya.

Kerajaan DAP dan juga gabunganya yang bertanggungjawab mesti  memberitahu rakyat bagaimana kerajaan merancang untuk mematikan bom jangka ini,” katanya penyelewengan yang melibatkan wang rakyat dilakukan dan penjelasan ini seharusnya dibentangkan di Parlimen akan datang.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng sebagai seorang ahli politik yang  mementingkan kesejahteraan rakyat harus meminta Guan Eng membentangkan  setiap perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat dilakukan selama ini.

Sudah pastinya Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng tidak mampu berbuat demikian  kerana  beliau juga seorang yang berkepentingan dalam politik dan tidak mahu disingkirkan dari dalam DAP hanya kerana desakan kepada  Guan Eng

Rakyat sudah sedia maklum bahawa  DAP adalah sebuah parti yang cukup kejam, Zalim dan penindas dan mengamalkan dasar kuku besi  dalam sistem pemerintahannya.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*