Seks Ganas 3 Individu Dengan Warga Tempatan Hingga Mati

Share This:

PETALING JAYA: Dua buruh binaan dari India disyaki terbabit dalam kematian seorang lelaki tempatan dipercayai akibat aktiviti seks ganas tiga individu (3P) pada bulan lalu.

Menurut laporan China Press yang memetik sumber polis, permit seorang daripada lelaki itu telah tamat tempoh sejak Julai 2014.

Hasil siasatan lanjut daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan buku rekod pelawat di sebuah kondominium di Sri Hartamas itu mendapati, Malhi Varinder Singh, 24, dan VarinderSingh yang berusia 28 tahun adalah dua individu terakhir berhubung dengan mangsa.

Akhbar itu melaporkan polis percaya kedua-dua lelaki itu masih berada dalam Malaysia dan menggesa orang ramai yang mengetahui kedudukan mereka supaya menghubungi pegawai penyiasat.

Bulan lalu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor dilaporkan sebagai berkata, seorang lelaki Cina berusia 47 tahun ditemui mati di sebuah kondominium di Sri Hartamas kira-kira jam 12.17 tengah hari.

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*