#PRKSgBesar : BN Bakal Menang Majoriti Lebih Besar 18 Jun Nanti

Share This:

Kini tinggal kira-kira empat hari sahaja lagi sebelum hari mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar akan berlangsung iaitu pada 18 Jun iaitu pada hari Sabtu ini.

Dengan pertelagahan antara PAS dan PAN yang menuduh sesama sendiri pada kempen mereka serta pada masa sama DAP semakin jelas kelihatan sebagai dalang sebenarnya yang menubuhkan PAN sebagai boneka, Barisan Nasional (BN) dijangkakan bakal menang dengan majoriti besar.

Kemenangan itu dijangka dapat dicapai biarpun pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, penyandang kerusi Parlimen Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon menang dengan majoriti tipis 399 undi.

Pada masa itu, PAS dilihat sedikit kuat dalam Pakatan Rakyat secara keseluruhan tanpa perpecahan. Ia amat berbeza pada kali ini apabila PAN dilihat seperti parti bayangan PAS kerana pemimpin-pemimpinnya adalah bekas pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti PAS tahun lepas.

Dek kerana itu, kekuatan PAS yang dahulunya kononnya mampu mencabar BN tetapi dilihat kurang menyengat pada kali ini.

Selain itu, pemilihan calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang yang sudah sedia berjasa kepada penduduk sekitar menguatkan lagi rentak kemenangan yang bakal dicapai BN pada PRK itu nanti.

BN juga bakal menang apabila dalam negeri Selangor berlaku konflik dalam kerjasama antara parti yang membentuk Kerajaan Negeri itu sendiri antara PKR, DAP dan PAS. Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memimpin kerajaan dengan Exconya terdiri daripada ADUN DAP, PAS dan PKR diilihat terpaksa memberi sokongan kepada PAN iaitu parti sekutu dalam Pakatan Harapan.

Untuk rekod, PAS sudah disingkirkan dari pakatan pembangkang selepas DAP memutuskan hubungan dengan mereka sekaligus Pakatan Rakyat terbubar.

Faktor kekuatan jentera BN yang bersatu dan bekerjasama dengan baik dalam kempen di Sungai Besar juga bakal memberikan faktor yang bakal memberikan kelebihan kepada BN pada hari mengundi nanti.

Jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Sungai Besar ialah 42,655 orang.

Budiman bakal ditentang calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan calon PAN Azhar Abdul Shukur.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*