Janji Kebajikan Pakatan Harapan- Semua itu Hanya Retorik Janji Pilihanraya Yang Tidak Berkesudahan

Share This:

Seluruh rakyat Malaysia rasanya akan ketawa besar bila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh  barisan kepimpinan  Pakatan Harapan yang mengisahkan kepada kebajikan kepada rakyat.

Sejak bila  Pakatan Harapan ini mengambil berat isu berkaitan dengan kebajikan rakyat? Sejak bila mereka sanggup bertungkus lumus demi menjaga rakyat yang sedang dalam kesusahan? Apa yang kita ketahui ialah,  kerajaan Pakatan Harapan menggunakan  dasar kemiskinan rakyat itu sebagai senjata untuk mereka menunjukkan keperihatinan  apabila tiba masanya.

 Situasi ini pasti bila kita melihat berbagai  kredit atau  faedah yang mereka ambil berkaitan dengan isu ini. Sebagai contoh; Apabila sesuatu isu dipaparkan dilaman  media, mereka akan segera datang dan menghulurkan bantuan yang sekadar untuk menunjukkan  bahawa mereka adalah pemimpin yang mengambil berat isu berkaitan kebajikan.

Selepas sumbangan yang diberikan sekadar melepas batuk ditangga, mereka terus menjadikan isu itu sebagai kesalahan yang amat besar  diletakkan di bahu kerajaan, akan tetapi kenapa  pada masa mereka melakukan sumbangan tindakan seterusnya tidak diambil.

Begitu juga dengan  agenda Impian Sarawak yang telah dilancarkan, semuanya itu adalah untuk mengambil hati penduduk etnik  sebelum segalanya akan dirampas dan dimusnahkan apa sahaja yang bernilai  untuk menjadikan pemimpin  kaya raya.

Kita telah melihat banyak  kejadian  dan tindakan yang telah dilakukan oleh Pakatan Harapan kepada  golongan  miskin dalam Negara ini. Di Pulau Pinang sebagai contoh sebelum DAP mendapat kuasa berbagai janji-janji yang ditaburkan  berkaitan kebajikan rakyat yang mana sebelum itu mereka  mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional langsung tidak menjaga kebajikan.

Tetapi apakah yang telah berlaku setelah kuasa diberikan kepada mereka ini. Janji hanya untuk menipu rakyat, janji kebajikan ditambah pula dengan kesengsaraan kehidupan dengan rampasan keatas tanah-tanah yang selama ini menjadi tempat penginapan  dan perlindungan rakyat marhaen.

Parti Amanah dengan penuh bangganya  berjanji akan menjaga kebajikan rakyat terutama kaum nelayan setelah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar nanti. Janji yang ditaburkan hanya retorik politik sedangkan kemampuan untuk melaksanakan sudah pastinya tidak ada.

Cuba kita imbas semula bagaimana seorang ADUN dari Pakatan sendiri yang memohon peruntukan untuk melaksanakan tanggungjawab dan permintaan dari rakyat kawasannya  terpaksa menanggis dan merayu kepada kepimpinan sendiri untuk meluluskan peruntukan.

Sekarang amat jelas , kita dapat melihat bagaimana DAP dan sekutunya  menggunakan kuasa apabila diberikan kuasa. DAP tidak perlu memikirkan tentang kebajikan untuk rakyat , apa yang penting bagi mereka ialah bagaimana untuk menguasai kekayaan yang ada dengan apa cara sekali pun.

Kebajikan nelayan di kawasan ini telah lama dibela oleh kerajaan Barisan Nasional, termasuk menyelesaikan isu ancaman nelayan luar di samping memberikan berbagai subsidi  oleh kerajaan kepada para nelayan di kawasan yang terbabit.

Pembohongan Pakatan Harapan dengan mengatakan bahawa kebajikan para nelayan telah diabaikan oleh  kerajaan adalah sesuatu kenyataan untuk meraih  sokongan undi  semata-mata. Selepas pilihanraya pada kebiasaannya janji untuk membela ditinggalkan begitu sahaja dan kerajaan juga akan  menyelesaikan masalah tersebut.

Saya percaya dasar sepenting ini yang mengaitkan kehidupan semua nelayan seluruh Malaysia telah diuruskan secara berjadual dengan  tawaran-tawaran kursus , subsidi bantuan yang diberikan kepada nelayan.

Justeru itu, apa juga janji kebajikan oleh Pakatan Harapan hendaklah diabaikan dan ianya hanya retorik janji yang tidak berkesudahan. Barisan Nasional adalah sebuah parti yang bertanggung jawab dalam semua perkara yang melibatkan kebajikan rakyat.

Untuk pihak pembangkang, saya dengan ini mencabar kepimpinan pembangkang agar menyenaraikan  janji kebajikan rakyat yang telah dilaksanakan  sejak sekian lama mereka memerintah  Pulau Pinang dan Selangor.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*