Kenali Musuh Islam Sebenar

Share This:

DALAM senario politik negara kita perlu mengenali musuh Islam yang sebenarnya. Sejak dahulu lagi hanya Umno yang benar-benar mempertahankan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi Malaysia bersesuaian dengan perjuangan mereka demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Pas pula sebagai pembangkang telah diminta berkorban lagi walaupun tidak berada dalam Pakatan, untuk memberi laluan kepada PAN, bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru hanya semata-mata untuk menjaga air muka DAP.

Sepatutnya PKR dan ultra kiasu yang memberi laluan kepada PAN bukannya PAS kerana mereka sekapal. Persoalan, di manakah PAN akan bertanding, jika bukan di kawasan Pas? Jika ini berlaku, ultra kiasu tidak akan mengundi Pas dan memberikannya kepada PAN. Sebab itu, PAN amat yakin bahawa mereka boleh menang.

Ultra kiasu dari awal lagi sudah mengumumkan akan meletakkan calon di 8 DUN Selangor yang dimenangi oleh Pas. Pas membidas dan mengistiharkan ‘perang’ akan mempertahankan kesemua kerusinya. Peristiharan ‘perang’ dijawab dengan bongkaknya oleh ultra kiasu. Mereka amat yakin akan menang 8 kawasan Pas dengan meletakkan calon Melayu celup, dalam rangka strategi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Sebab itu ultra kiasu sudah bersedia awal dengan melantik calon Melayu celup sebagai calon Ahli Majlis Ampang Jaya walaupun tidak tinggal di Ampang.

Psywar dan psyop ini amat licik. Oleh itu, jika berlaku pertandingan sebegini, memandangkan kerusi tersebut merupakan kerusi Umno maka biarkan Umno pegang untuk membenamkan ultra kiasu.

Itu sahaja cara untuk menunjukkan keikhlasan Umno yang menghulur tangan ke arah kerajaan perpaduan. Umno dan Pas perlu sedar bahawa ultra kiasu adalah musuh yang paling bahaya hari ini.

Ingatan ini turut ditujukan kepada Melayu PKR. PKR boleh dikatakan ‘kuat’ hari ini disebabkan Pas memberikan laluan dan mengundi PKR. Jika tidak, PKR putih mata. Justeru, jangan berlagak. Mungkin PKR akan berkata, Pas menang banyak kerusi disebabkan oleh PKR mengundi Pas. Jawapannya, PKR tidak ada pilihan melainkan mengundi Pas kerana Umno sudah menjadi seteru mereka selepas anwar Ibrahim ditendang keluar. Lagipun, Pas sudah terlibat dalam politik, sejak sistem pilihan raya diperkenalkan. Bukan seperti PAN. Baru setahun jagung, begitu berani meminta itu dan ini.

Majlis Perjanjian Pakatan Harapan 2015 dan Deklarasi Rakyat tidak menguntungkan Islam, melainkan ultra kiasu. Sampai bila kita harus diperbodohkan oleh ultra kiasu demi kuasa? Ultra kiasu akan terus memperalatkan orang Islam untuk menguburkan Umno dan Pas. Maka alasan kebobrokan Umno BN dan Pas digunakan bagi tujuan mendapat kuasa. Apabila kuasa diperolehi nanti, lihatlah apa yang akan berlaku, seperti realiti di Pulau Pinang. Melayu ke mana, Islam di mana? Wakil rakyat PKR sudah ditendang keluar daripada memegang jawatan dalam syarikat kerajaan di sana.

Justeru, saya harap Melayu PKR bertindak rasional dalam hal ini. Kerusi itu kerusi umno, oleh itu biarkan Umno pegang untuk bunuh ultra kiasu.

Perkasa sudah mengingatkan orang Melayu agar berwaspada dengan percubaan ultra kiasu bagi mengambil hati orang Melayu menjelang PRU 14. Walaupun ultra kiasu sering berkata partinya berbilang kaum, berasaskan perlembagaan, tetapi berapa kerat muka Melayu. Kepimpinan tertinggi mereka adalah muka-muka yang mahu menjahanamkan Melayu. Lihatlah bapa mereka di Singapura, adakah Melayu diberi peluang dalam jawatan membuat keputusan, polis, imigresen dan tentera, misalnya. Jawapannya, putih mata.

Kenalilah ultra kiasu sebenarnya. Mereka tidak akan puas selagi negara ini tidak berada dalam genggaman mereka. Jangan disokong ultra kiasu, termasuk majlis peguamnya, kerana mereka musuh Islam yang nyata.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*