#PRKSgBesar : Suee Lim, Usah Terlalu Biadab – Ahli PAS

Share This:

Perseteruan yang berlaku diantara PAN, DAP dan PAS bukan lagi satu perkara yang rahsia. Perseteruan yang bermula pada tahun lalu terus hangat diperkatakan terutamanya, beberapa pemimpin utama PAS bertindak meninggalkan parti itu dan membentuk Parti Amanah Negara (PAN) yang diberi sokongan penuh oleh DAP.

Sejak dari hari berkenaan, perseteruan antara ketiga-tiga parti ini tidak pernah berhenti. Jika di Pilihan Raya Negeri Sarawak, perseteruan ini tidak begitu menonjol, namun apabila memasuki dua Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, perseteruan antara ketiga parti ini kembali hangat di perkatakan.

images (9)

Ianya bermula sewaktu Hari Penamaan Calon dimana pergeseran antara dua penyokong parti ini kelihatan berlaku. Ini ditambah lagi dengan ayat kontroversi yang diluahkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang menyuruh calon dan ahli PAS supaya “balik kampung” dan jangan mengganggu urusan PAN dan DAP di Sekinchan.

Tertarik dengan cara Suee Lim melayan parti PAS di Sungai Besar, satu tinjauan dilakukan di salah sebuah markas PAS di Pasir Panjang pagi tadi. Salah seorang penyokong PAS yang ditemui sebentar tadi memberitahu, sejak PAS memutuskan hubungan Tahaluf Siyasi dengan DAP tahun lalu, Suee Lim dilihat sentiasa melakukan provokasi terhadap ahli PAS.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Sulaiman menegaskan, apabila Suee Lim mengeluarkan ayat yang jelas tidak disenangi oleh ahli PAS di Sungai Besar, hampir kesemua ahli PAS mahu memastikan calon PAN yang disokong oleh DAP tumbang di sini. Malah, secara peribadi beliau mengharapkan, apa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu sehingga 11 calon PAN hilang deposit, berlaku sekali lagi disini.

Hanya dengan cara itu, Suee Lim menelan semula kata-katanya. Sambil memberi amaran kepada Suee Lim supaya jangan terlalu biadab, beliau menegaskan, tidak terdapat sebarang masalah antara parti itu dengan UMNO. Malah, beliau berkata, sepanjang umurnya, inilah kempen paling tersusun pernah diadakan oleh PAS dan UMNO di Sungai Besar.

images (8)

Bagi PAS, tegasnya, musuh utama mereka kini adalah PAN yang mereka labelkan sebagai pengkhianat perjuangan PAS dan politik, bukan lagi UMNO seperti sebelum ini. Oleh yang demikian, dia juga menegaskan bahawa setiap satu undi untuk PAN samalah ertinya untuk DAP dan menguatkan lagi kedudukan Suee Lim dan DAP di Sekinchan

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*