#PRKSgBesar : Hudud Hal PAS, Bukan Hal PAN

Share This:

Sejak dahulu lagi, parti PAS sememangnya dikenali sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan soal undang-undang Hudud dan mahu melaksanakannya di Malaysia tetapi masih gagal berbuat demikian.

Bagaimanapun, ketika ini parti baru PAN iaitu serpihan perpecahan PAS juga mahu masuk campur dalam soal hudud ini dan dikatakan pernah bersedia untuk menolak undang-undang itu.

Presiden PAS pada 26 Mei telah membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian untun meminda kuasa Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat yang kemudian mencetuskan kontroversi dalam kalangan parti politik khususnya dalam pakatan pembangkang, Pakatan Harapan.

PAN dikatakan sudah bersedia untuk menolak Rang Undang-Undang berkenaan yang dikatakan ada kena mengena dengan pelaksanaan hukuman Hudud di negara ini.

Padahal, menurut Abdul Hadi, ia sebenarnya hanyalah pindaan kepada kuasa Mahkamah Syariah dari segi pindaan hukuman melibatkan perbuatan jenayah dan bukannya Hudud.

Jadi, biarlah PAS sahaja yang mengendalikan isu Hudud ini dan bukannya PAN sibuk mahu masuk campur.

Lebih-lebih lagi, PAN tidak boleh masuk campur dalam memperkatakan isu Hudud sesuka hati kerana pihak mereka perlu mendapatkan kebenaran atau restu dari parti-parti lain dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan DAP.

PAS dan PAN bertembung pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan sepanjang tempoh kempen mereka dilihat saling menyelar, menuduh dan menempelak sesama sendiri atas dasar dendam.

Calon PAS ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman manakala calon PAN diwakili oleh Azhar Abdul Shukur.

Memang ada kenyataan dari para pemimpin PAN bahawa parti itu tidak menjadikan Hudud sebagai kepentingan mereka tetapi kebanyakan dari mereka sejak lama lagi sudah mempertahankan Hudud ketika berada di dalam PAS tetapi dek kerana sudah dalam Pakatan Harapan, mereka kena berdiam diri.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*