#PRKSgBesar : Hudud Bukan Keutamaan Kami – PAN

Share This:

Apabila menyebut tentang hukum hudud, perkara ini sebenarnya sudah menjadi satu perkara yang cukup tabu bagi kebanyakan orang diseluruh Malaysia. Isu ini bukan perkara baru yang disebut-sebut. Ianya sudah lama dijadikan bahan politik PAS untuk meraih undi dikalangan komuniti kaum Melayu yang beragama Islam.

Isu ini kembali hangat diperkatakan apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan cadangan persendirian di Dewan Rakyat yang meminta Rang Undang-Undang Syariah digubal semula. Ramai yang menganggap ianya sebagai langkah permulaan PAS menghidupkan semula isu hudud sehingga menyebabkan ramai pemimpin bukan Islam menolak sebarang pembentangan semula undang-undang berkaitan hudud.

images (18)

Kekusutan ini akhirnya terlerai apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan, apa yang telah dicadangkan oleh beliau, bukan berkaitan dengan Hudud, sebaliknya adalah untuk mengkaji semula keberkesanan Undang-Undang Syariah di Malaysia yang sudah cukup lama tidak dikaji keberkesanannya.

Ketika ditanya kepada beberapa orang kuat Parti Amanah Negara (PAN) mengenai hukum hudud ini, mereka menjelaskan, kepimpinan utama parti tidak pernah meletakkan hudud sebagai teras perjuangan mereka. Bagi PAN, mereka sedaya upaya mengelak untuk menyentuh akan hal ini kerana menghormati prinsip dua lagi rakan sekutu politik mereka di dalam Pakatan Harapan.

Salah seorang AJK PAN di Sungai Panjang yang enggan dikenali memberitahu, mereka sudah lama memperjuangkan isu hudud ini sewaktu didalam PAS lagi. Namun, setelah bertindak meninggalkan PAS, baru mereka menyedari bahawa antara punca kenapa PAS disingkirkan dari Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) adalah berkaitan hukum hudud yang cukup ditentang oleh DAP dan PKR.

Justeru, atas kepentingan politik, kepimpinan tertinggi PAN memutuskan untuk tidak tidak lagi meletakkan hudud sebagai teras perjuangan mereka. Sebaliknya, mereka lebih berminat untuk menjadikan hak kesamarataan antara kaum dengan pendekatan mesra rakyat dijadikan teras utama mereka apabila PAN dibentuk.

images (19)

Hal ini dapat dilihat dalam kempen PAN di Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dimana semua kempen PAN diberi sokongan penuh oleh kepimpinan tertinggi DAP. Menariknya, dakwa beliau lagi, PAN kini telah mendapat tempat dikalangan komuniti kaum Cina didalam kempen mereka di dua kerusi Parlimen ini.

Bertindak dari sinilah, mereka menganggap, hudud merupakan satu perkara yang cukup tabu dan menjadi penghalang utama mereka untuk meraih sokongan kaum Cina. Malah, beliau percaya, andai PAN kekal dengan komitmen sebegini, kaum Melayu dan India juga akan menyokong teras perjuangan mereka.

Jelas sekali, PAN telah menolak hudud untuk dilaksanakan di Malaysia hanya kerana pengaruh DAP yang cukup kuat didalam parti mereka. Tidak seperti sewaktu mereka berada didalam PAS, pendirian mereka kini lebih sekular dimana beberapa isu yang diperjuangkan PAS selama ini sudah dianggap tidak lagi relevan dalam perjuangan mereka.

Tahniah DAP kerana telah berjaya merubah PAN menjadi hamba abdi mereka selamanya sehinggakan beberapa isu pokok didalam agama sendiri pun sudah berjaya diubah dan tidak lagi relevan pada mata PAN.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*