#PRKSgBesar : Azmin Kekal Memulaukan Kempen PRK Sungai Besar

Share This:

Kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar sudah memasuki hari kelima hari ini. Kesemua parti yang bertanding di kerusi ini dilihat begitu agresif melakukan kempen masing-masing dengan perancangan tersendiri.

Namun ada sesuatu perkara yang agak janggal berlaku dimana kelibat Menteri Besar Selangor yang merupakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali langsung tidak kelihatan sepanjang lima hari berkempen di sini. Sebaliknya, DAP dilihat cukup agresif membantu calon PAN dimana amat sukar mencari kelibat jentera pilihan raya PKR mengambil bahagian dalam kempen PAN.

download (26)

Kali terakhir kelibat Azmin dilihat berada di Parlimen Sungai Besar adalah pada hari penamaan calon dimana beliau muncul secara berasingan dengan kesemua pemimpin pembangkang yang lain. Sejak dari hari berkenaan, Azmin langsung tidak dilihat berada di Sungai Besar walaupun pada hakikatnya, PAN merupakan antara sekutu mereka didalam Pakatan Harapan.

Cukup menghairankan, kenapa Azmin dan mana-mana pemimpin PKR dilihat seolah-olah enggan turut serta dalam mana-mana kempen PAN di Sungai Besar? Adakah terdapat dokrin dimana PKR dilarang untuk menyertai sebarang kempen PAN yang ditunjangi oleh DAP? Adakah Azmin benar-benar memulaukan pilihan raya kecil kali ini?

Sewajarnya, sebagai salah sebuah parti sekutu didalam Pakatan Harapan, ditambah pula sebagai Menteri Besar Selangor dari PKR, Azmin wajar turun membantu jentera PAN dalam kempen mereka, bukan bersikap kebudak-budakan dengan terus memulaukan mana-mana kempen pilihan raya.

Sebelum ini, Azmin berusaha memujuk PAN dan PAS untuk tidak meletakkan calon mereka di kerusi Parlimen Sungai Besar dan membiarkan PKR sahaja yang bertanding di kerusi ini. Namun, usaha Azmin nyata sia-sia apabila PAN dan PAS menolak sebarang cadangan dari Azmin untuk tidak meletakkan calon di kerusi ini.

images (33)

Ini menyebabkan Azmin dikatakan merajuk dan bertindak memulaukan terus pilihan raya kecil ini. Ditambah pula dengan sentimen Azmin samada mahu mementingkan hubungan rapatnya dengan PAS atau memilih hubungan atara parti antara PAN dan PKR. Faktor-faktor inilah yang dikatakan punca Azmin seperti memencilkan diri walaupun pilihan raya kecil ini berlangsung di halaman beliau sendiri.

Memetik kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Azmin harus memilih pihak mana yang mahu disokong olehnya samada menzahirkan secara terbuka sokongannya kepada PAS atau memilih PAN. Beliau wajar menyatakan pendiriannya untuk memastikan kerajaan yang diterajuinya mendapat sokongan penuh dari rakyat dan parti-parti sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*